Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UIasan Temuramah bersama Kumpulan Wakil Malaysia untuk PMCO SEA 2019

Minggu baru dah bermula! Good luck semua!

Nyny.A by Nyny.A
May 15, 2019
in Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
UIasan Temuramah bersama Kumpulan Wakil Malaysia untuk PMCO SEA 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang semua tahu, acara PUBG Mobile Club Open 2019 (PMCO SEA 2019) yang ditaja oleh Vivo telah pun bermula minggu lalu di Shanghai dan menampilkan 24 kumpula dari asia tenggara.Di acara ini, kami turut sempat menemu ramah beberapa kumpulan PUBG Mobile yang mewakili Malaysia untuk acara PMCO 2019 ini. Akibat kekangan masa, kami hanya sempat menemu ramah 3 kumpulan antaranya ialah Yoodo Gank, ViP Squads-Victorious In Play dan Team Secret.

Jadi harini kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai ulasan temuramah tersebut;

Yoodo Gank

Kita boleh lihat dari Kiri gambar yang pertama dari kumpulan adalah Drax– Sniper; ManParang– Kapten ; JimBoy – Flanker; GeeK– Support.

Kalau korang nak tahu, penyediaan latihan mereka sebelum acara ini tersangatlah terhad kerana sebelum ini kesemua dalam kumpulan ada pekerjaan sendiri, jadi waktu latihan mereka ambil sekurang-kurangnya 3 jam sehari dalam pukul 9-11 malam. Untuk hari Sabtu dan Ahad pula jika tiada acara tournament dimana-mana, mereka akan menghabiskan masa dengan keluarga. Disebalik ini, mereka agak bersedih kerana harus berjauhan dengan keluarga untuk sebulan demi acara PMCO ini, tapi mereka akan cuba sedaya upaya untuk memberi kemenangan terbaik untuk Malaysia.Walaupun berjauhan dengan keluarga, ManParang menyatakan keluarganya menyokong 100% dalam pemilihannya untuk sektor e-sukan sepenuh masa sudah hampir 3 tahun. Drax pula disokong 50% oleh keluarga kerana dia masih belajar, tetapi diberi peluang keluarganya untuk acara ini demi mewakilkan negara. Lain pula bagi JimBoy yang tidak disokong lansung oleh keluarganya dan tidak faham impiannya didalam dunia e-sukan, tapi disebabkan pencapaiannya dalam PUBG Mobile dan berjaya menjadi wakil Malaysia keluarganya mula menyokongnya. Manakala untuk Geek pula memang disokong penuh oleh keluarganya.

Mereka turut berkongsi pendapat mereka bagi industri e-sukan Malaysia, mereka berkata bahawa e-sukan Malaysia telah berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia juga telah menyatakan bahawa ia akan melatih untuk menyertai pertandingan-pertandingan bagi wakil negara. Selain itu dunia e-sukan juga adalah cara baru untuk mendapatkan sumber pendapatan. Tetapi pada masa yang sama, mereka juga berharap bahawa rangkaian kabel dan liputan rangkaian Malaysia dapat ditingkatkan, dan menambah pelbagai golongan muda boleh pergi ke tempat latihan profesional.

Korang boleh tengok temuramah selebihnya disini;

ViP Squad (Victorious in Play)

Okay, untuk kumpulan kedua yang kami sempat temuramah adalah kumpulan ViP, dari kiri kita ada BenV sebagai Flanker, Yakuza sebagai Kapten kumpulan dan Tanker, Hyqul sebagai pertahanan dan Jumper sebagai Support.
Dalam perkongsian mereka, ketiga-tiga mereka adalah sepenuh masa pemain e-sukan kecuali Hyqul yang merupakan separuh masa kerana masih belajar. Jadi waktu latihan mereka adalah sepenuh masa dan bagi Hyqul mereka harus menghubunginya dahulu dan selalunya waktu malam untuk melengkapkan kumpulan untuk latihan. Jadi sekurang-kurangnya mereka akan berlatih dalam 21 jam seminggu.

Dari segi sokongan keluarga, kesemua mereka mendapat sokongan 100% untuk industri e-sukan ini.

Saksikan temuramah mereka disini;

Team Secret

Yang ketiga sempat kami menemuramah, tidak lain tidak bukan iaitu kumpulan Genexus yang kini telah diserap oleh Team Secret. Bermula dari kiri gambar, Stewart9k sebagai Sniper; BiuBiu sebagai Kapten; Alex Sebagai Rusher dan SinB sebagai Support.

Dalam temuramah ini, kita dapat mengetahui bahawa Team Genexus diserap Team Secret selepas final PMCO Malaysia April lalu (Artikel lalu). Disebabkan itu tidak terlalu banyak persiapan disediakan kepada mereka kerana mereka menandatangan kontrak selepas acara PMCO, dan mereka harus menyelesaikan kesemuanya sendiri termasuk latihan antara 3-6jam dari rumah sahaja.

Seperti temuramah kumpulan lain, mereka turut berkongsikan situasi sokongan dari ahli keluarga mereka untuk industri e-sukan ini. Seperti SinB turut mempunyai masalah yang sama seperti Jimboy (Yoodo Gank) keluarga tidak menyokongnya sehingga berjaya menjadi wakil Malaysia untuk acara PMCO ini.

Dalam perkongsian mereka juga mereka berasa pesaing terbesar untuk mereka adalah kumpulan RRQ. Tidak terlepas juga senjata kegemaran mereka! Sepeti BiuBiu yang gemarkan M416 + 6x scope; Stewart9k gemarkan AWM +8x Scope; SinB pula sukakan SKS + 8x scope; manakala Alex pula sukakan M16.

Serba sedikit pendapat mereka untuk masa depan e-sukan bahawa sebelum ini tiada lansung acara e-sukan yang berlansung di Malaysia tapi kini e-sukan makin meningkat setelah berjaya menganjurkan lebih banyak acara dan inilah peluang untuk menjadi pemain e-sukan

Jadi korang boleh tengok sesi temuramah Team Secret bersama rakan semedia kami (Gamerbraves);

Setelah melihat kesemua ulasan-ulasan ini, peluang untuk menjadi pemain e-sukan sepenuh masa ternyata boleh menjadi salah satu karier kehidupan. Tetapi haruslah mendapat sokongan penuh dari keluarga, rakan dan peminat untuk mereka terus berjaya terutama untuk acara PMCO SEA 2019 ini bagi mengharumkan nama Malaysia! Jadi selamat berjaya sekali lagi kepada kesemua wakil Malaysia termasuk kumpulan Junior Talent dan AROV Esports yang tidak kesampaian untuk kami temuramah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arov EsportsJunior TalentPMCO SEA 2019Secret GenexusViP SquadsYoodoo Gank
Previous Post

LEGO Tower bersedia untuk pra-pendaftaran dan pelancaran pada 1 Julai!

Next Post

Rockstar Membeli Studio Bernilai RM32 Juta Dari Starbreeze

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Rockstar Membeli Studio Bernilai RM32 Juta Dari Starbreeze

Rockstar Membeli Studio Bernilai RM32 Juta Dari Starbreeze

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd