Pasukan E-Sports Eropah yang terkenal, iaitu Team Secret kini mempunyai skuad Asia Tenggara – dan ianya bukan untuk Dota 2. Kali ini, Team Secret telah mengambil bekas skuad Genexus PUBG Mobile Malaysia, yang pernah mendapat tempat pertama di kelayakan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Malaysia. Team Secret untuk PUBG Mobile yang baru ini akan terdiri daripada BiuBiu, Stewart9k, SinB Neo dan Alex, dan mereka akan bertanding di SEA, Shanghai pada musim bunga ini yang akan berlangsung pada minggu depan iaitu 8 Mei.
Selain menjadi skuad, Secret juga bekerjasama dengan Ookyo, sebuah perkhidmatan mudah alih oleh syarikat prabayar Malaysia, Maxis yang direka khas untuk pemain. Pasukan ini akan melihat kandungan Team Secret, seperti akses di belakang tabir pasukan PUBG Mobile untuk pelanggannya serta “produk yang lebih baik secara keseluruhan untuk menyokong pemain mobile” di negara ini. John Yao, CEO untuk Team Secret berkata:
Dengan brand Team Secret yang terkenal dan meluas mengikuti aliran SEA dan dedikasi kami ke rantau ini, ianya hanyalah sekadar masa untuk untuk kami tentukan dan melabur terus di sini.”
Nampaknya, pilihan Team Secret untuk memasuki SEA tidak menghampakan kerana mereka memilih pemain-pemain yang tidak dapat disangkal lagi kemahirannya. Tahniah diucapkan kepada empat pemain ini dan harap mereka akan terus kekal mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan juga dunia e-sukan!
Sumber: One Esports GG
@gamersantaimy
Discussion about this post