Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UFL Akan Tiba 12 September – Game Bola Sepak Free-To-Play Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2024
in Artikel, Berita, PS5, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
UFL Akan Tiba 12 September – Game Bola Sepak Free-To-Play Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, kami mendapat berita bahawa game bola sepak free-to-play UFL akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada 12 September dengan sokongan rasmi untuk cross-play. Dibangunkan oleh Strikerz Inc., pemain boleh pre-order game ini sekarang yang termasuk pelbagai bonus seperti set customization eksklusif dan akses awal selama tujuh hari mulai 4 September.

Sempena pengumuman ini, mereka turut memuat naik video khas yang anda boleh tonton di bawah:

Dibina menggunakan Unreal Engine 5, UFL ialah game bola sepak free-to-play yang menampilkan banyak kandungan unik seperti pelbagai kit kelab, but, sarung tangan, bola dan stadium. Di UFL, anda mencipta pasukan impian dari awal, yang merangkumi pemain bola sepak sebenar yang boleh diubahsuai mengikut keinginan anda.

Sama seperti EA Sports FC dan eFootball, anda akan bersaing dengan pemain di seluruh dunia, bangunkan kelab dari musim ke musim, panjat tangga liga, dan menangi kejuaraan. Bukan itu sahaja, pemain boleh membeli dan menjual kad skin unik untuk membina koleksi.

Kredit: Strikerz Inc.

Strikerz Inc. menggambarkan model utama game ini sebagai “adil untuk bermain” dengan “pendekatan yang mengutamakan kemahiran dan tanpa pilihan bayar untuk menang”. Ketua Pegawai Eksekutif Strikerz, Eugene Nashilov, berkata model itu ialah “prinsip utama” bagi syarikat, dan menyatakan “kejayaan pemain tidak harus bergantung pada jumlah pembelian dalam game atau nilai derma yang mereka buat”.

Pemain bola sepak terkenal Portugal, Cristiano Ronaldo juga diumumkan sebagai pelabur dan duta utama pada hujung 2023, dan menyertai projek komited untuk mengumpul $40 juta bagi pembangunan game.

Kredit: Strikerz Inc.

UFL telah bekerjasama dengan FIFPro, sebuah organisasi perwakilan seluruh dunia untuk lebih 65,000 pemain bola sepak profesional. West Ham United, Sporting CP, Shakhtar Donetsk, Borussia Mönchengladbach, Monaco, Besiktas, Celtic, dan Rangers telah diumumkan sebagai antara kelab berlesen yang anda boleh gunakan di dalam game.

Selain Cristiano Ronaldo, duta lain terdiri daripada Oleksandr Zinchenko, Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne, dan Roberto Firmino.

Kredit: Strikerz Inc.
Tags: UFL
ShareTweetSend
Previous Post

Ingin Memupuk Esports Honor of Kings Di Malaysia – Interviu James Yang Dari Level Infinite Esports!

Next Post

DLC Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Lancar Pada 10 September

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
DLC Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Lancar Pada 10 September

DLC Persona 3 Reload 'Episode Aigis: The Answer' Akan Lancar Pada 10 September

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd