Selepas pelancan global yang sukses di seluruh dunia termasuk Malaysia, game Honor of Kings kini berada di landasan di betul untuk menjadi mobile MOBA paling hebat di dunia.
Malah, mereka baru sahaja menamatkan acara esports besar Honor of Kings (HoK) Invitational Midseason 2024 yang diadakan di Esports World Cup 2024 di Riyadh, Saudi Arab. Tetapi ini bukan penamat kerana jelajah sukan maya kompetitif akan diteruskan ke Honor of Kings Championship 2024 yang akan diadakan di Indonesia pada bulan Oktober tahun ini.
Kebetulan, kami mendapat peluang untuk menghadiri interviu bersama James Yang, Senior Director untuk Level Infinite Global Esports Center. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapat tahu Level Infinite berniat untuk meluaskan lagi adegan esports HoK di Malaysia. Berikut adalah interviu penuh:
Esports ialah strategi utama untuk Honor of Kings, dan kini Honor of Kings lebih global berbanding sebelum ini. Bagaimanakah strategi ini berkembang?
James Yang: Esports adalah salah satu strategi utama pemasaran Honor of Kings di peringkat global untuk berjaya. Sebagai contoh, kami mengadakan Invitational Season 1 sebelum pelancaran global di Turki pada bulan Mac.
Selepas dilancarkan, kami juga mengadakan Invitational Season 2 di Malaysia. Esports adalah faktor yang sangat penting untuk Honor of Kings berjaya di peringkat global, dan kami terus berusaha, terus melabur, seperti yang dilakukan sekarang di pertengahan musim EWC.
Tidak lama lagi pada bulan Oktober, akan ada acara besar iaitu Honor of Kings Championship. Saya juga sangat teruja untuk mengumumkan beberapa berita menarik pada bulan Oktober nanti.
Honor of Kings sebenarnya adalah game mobile yang popular di Malaysia, di mana kolaborasi dengan Chagee Malaysia turut mendapat sambutan sangat baik. Malah, ada tiga pasukan dari Malaysia yang bertanding di EWC. Adakah ada rancangan untuk menganjurkan kejohanan Honor of Kings khusus untuk Malaysia?
James Yang: Pertama sekali, saya amat menghargai semua peminat dan pemain di Malaysia. Seperti yang anda kata, Honor of Kings semakin popular di Malaysia, dan kita dapat melihat daya saing yang sangat kuat daripada pasukan profesional Malaysia. Kami mempunyai rancangan menarik, tetapi saya harap peminat Malaysia boleh menunggu sedikit.
Kami mempunyai pelan untuk mengumumkan berita menarik bagi peminat Malaysia pada Oktober ini, dan saya sangat teruja untuk mengumumkannya tidak lama lagi.
Adakah anda mempunyai idea khusus untuk pelan ini di Malaysia?
James Yang: Ya, kami mempunyai rancangan yang sangat baik untuk Malaysia, terutamanya esports. Kami perlu menjadikan keseluruhan ekosistem lebih besar dan lebih kukuh, daripada amatur kepada semi-pro dan pro.
Pada tahun hadapan, apa yang boleh saya katakan ialah peminat esports Malaysia seharusnya dapat menikmati menonton lebih banyak kejohanan berbanding tahun ini. Sila nantikan itu.
Anda menyebut bahawa esports adalah titik pertumbuhan yang penting dan jelas sekali ada begitu banyak pelaburan. Kami melihatnya daripada dua kejohanan Invitational. Bagaimana anda mengukur kejayaan itu – sama ada jumlah tontonan atau hal lain?
James Yang: Ya, pastinya jumlah penonton juga penting, kos KPI seperti berapa ramai orang menonton secara serentak atau berapa jam menonton yang dijana. Tetapi sebaliknya, ada satu perkara yang sangat penting untuk mencapai kejayaan iaitu berapa ramai pemain yang ingin menyertai ekosistem kami dan mendaftar.
Itulah sebab mengapa kami terus melakukan Open Series yang terbuka sepenuhnya kepada amatur. Sesiapa sahaja berpeluang menjadi hero nombor 1. Jadi pendaftaran Open Series baru sahaja tamat dan sedang berjalan. Kita juga boleh lihat siapa yang akan menjadi juara dalam Open Series juga. Jadi pendaftaran dan penglibatan juga sangat penting.
Satu lagi perkara yang sangat penting bagi kita ialah kandungan. Esports juga sebenarnya membuat kandungan. Kejohanan adalah bahan mentah, ia adalah ramuan. Cara untuk menjadikan kandungan ini lebih menarik bergantung kepada kami, pemain dan peminat. Jadi saya berharap peminat juga boleh membuat lebih banyak kandungan dan detik yang menyeronokkan. Itu akan banyak membantu kita.
Honor of Kings memasuki pasaran Asia Tenggara buat kali pertama. Bagaimana anda mengembangkan esports di pasaran Asia Tenggara?
James Yang: Mari kita lihat fakta pasaran Asia Tenggara. Di Asia Tenggara, peratusan telefon pintar adalah sangat tinggi. Malah di sesetengah negara, ia lebih tinggi daripada 100%. Ini bermakna seorang mempunyai dua atau tiga telefon.
Selain itu, mobile esports sangat popular di Asia Tenggara dengan begitu banyak game. Setakat yang kita lihat, peminat Asia Tenggara sangat terbuka untuk menerima dan menikmati perkara baharu. Jadi saya rasa itulah sebabnya mobile esports popular di rantau ini.
Kami tidak ragu-ragu untuk menembus lebih dalam ke pasaran Asia Tenggara. Setakat ini, peminat dan pemain memberikan reaksi yang baik terhadap strategi penerbitan kami. Saya menghargai peminat Asia Tenggara, dan kami juga mahu terus berkembang di Asia Tenggara.
Adakah terdapat sebarang rancangan untuk mengadakan acara besar, atau kecil berkenaan Honor of Kings di Asia Tenggara?
James Yang: Jawapan saya adalah ya. Tetapi acara apa, bila ia akan berlaku – minta maaf, tetapi saya tidak boleh kata. Tetapi acara besar akan datang, itu yang saya boleh kata.
Anda memberi tumpuan kepada Asia Tenggara. Apakah pendekatan seterusnya untuk mengembangkan esports ke negara-negara dunia ketiga?
James Yang: Asia Tenggara adalah salah satu wilayah terpenting bagi kami. Tapi itu tidak bermakna kita tidak mengambil kisah tentang negara lain? Sebagai contoh, Open Series, Season 1, Season 2, kami sebenarnya mengadakan kejohanan dan pendaftaran di seluruh dunia.
Sesiapa sahaja di mana-mana negara juga boleh mencuba untuk menguji kemahiran mereka dan menjadi pemain pro jika mereka boleh layak ke peringkat akhir.
Kami juga mengadakan jemputan dengan 17 pasukan di seluruh dunia. Antaranya, lima pasukan dari Asia Tenggara, dua pasukan dari Turki dan juga Korea dan Amerika Utara. Kami sudah mempunyai pasukan pro yang hebat di seluruh dunia yang menyertai.
Asia Tenggara adalah rantau yang penting bagi kami. Namun begitu, Honor of Kings ialah game global. Mana-mana orang di seluruh dunia boleh bermain game ini. Jadi kami berharap jika ada apa-apa jenis perkembangan yang baik di wilayah tertentu, kami juga gembira untuk mendorong lebih banyak.
Tetapi satu perkara yang boleh saya katakan ialah kami akan terus melabur, mendorong dan menyokong semua rantau dan negara dan pemain global.
Honor of Kings adalah game unik. Ia sudah sangat terkenal di China, dan kini anda mula menubuhkan esports di negara lain. Jelaa sekali, ada jurang kekuatan di antara pasukan China dan pasukan luar China. Apakah pendapat anda?
James Yang: Seperti yang anda kata, Honor of Kings sangat popular di China. KPL, Kings Pro League, sudah mempunyai 16 musim setakat ini. Tetapi saya boleh kata, Honor of Kings ialah mobile MOBA yang paling banyak dimainkan dengan lebih daripada 100 DAU (daily active user).
Kini secara global, ia benar-benar berkembang pesat untuk menambah jumlah ini menjadi lebih besar. Itulah sebab mengapa kita sebenarnya bergerak pantas untuk keseluruhan ekosistem.
Biasanya, game tidak mempunyai program jemputan atau acara seperti ini sedangkan baru sahaja dua bulan selepas dilancarkan. Kita sebenarnya mendesak dan menjadikan pembinaan ekosistem lebih pantas kerana jika kita tidak melakukan ini, jurang antara China dan global lain semakin besar dan luas. Kita bergerak pantas untuk mewujudkan keperluan ini.
Tetapi ya, seperti yang anda kata, ada jurang. Tetapi saya percaya ia mungkin tidak terlalu lama untuk global berada pada tahap kompetitif ini. Akan mengambil masa, tetapi kami bergerak pantas.
Apakah pendapat anda tentang Esports World Cup yang menampilkan Honor of Kings? Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada ini untuk jangka masa lama?
James Yang: Jawapan ringkas adalah ya. Honor of Kings adalah salah satu daripada beberapa game yang mempunyai kontrak berbilang tahun dengan EWC. Supaya Honor of Kings bukan sahaja muncul pada tahun ini, sudah dijanjikan ia akan kekal (di EWC) selama beberapa tahun. Setakat ini, kami sangat berpuas hati dengan keputusan EWC.
Secara keseluruhan, kualiti produksi dan peminat di sini, semangat mereka dan semua sokongan daripada EWC Foundation dan kerajaan benar-benar hebat. Kami gembira berada di EWC untuk masa yang lama, dan percaya ada potensi yang lebih besar pada tahun hadapan.
Pasaran Asia Tenggara sangat berbeza daripada khalayak global di mana kami lebih menyukai Mobile Legends, diikuti Wild Rift. Sekarang ada Honor of Kings. Malah, ada banyak pilihan walaupun di genre lain seperti FPS. Apakah pendapat anda tentang Asia Tenggara dalam hal itu?
James Yang: Persaingan ada di mana-mana. Asia Tenggara adalah salah satu rantau yang mempunyai persaingan paling sengit. Walau bagaimanapun, kami mempunyai keyakinan bahawa Honor of Kings akan menjadi pemenang akhirnya kerana kualiti game seperti kualiti grafik, bunyi, dan juga keseimbangan.
Selain itu, kami mempunyai lebih daripada 100 hero dan keseimbangan wira sangat kritikal di masa hadapan.
Saya percaya sudah terbukti bahawa Honor of Kings adalah yang teratas dalam perkara yang saya sebutkan tadi. Saya percaya jika pengguna sanggup bermain game berkualiti tinggi, maka saya rasa Honor of Kings akan menjadi jawapannya.
Selain itu, Honor of Kings telah pun menyertai Sukan Asia. Sukan Asia adalah acara sukan yang besar dan kami berharap Honor of Kings turut dapat disertakan dalam Sukan Olimpik seterusnya. Memandangkan pertumbuhan pesat Honor of Kings di dunia baru-baru ini, saya amat yakin bahawa kami akan mencapai kejayaan yang lebih besar di Asia Tenggara dan kami memerlukan sokongan anda.
Pada pendapat anda, apakah cabaran terbesar untuk mengembangkan pasaran esports di Asia Tenggara?
James Yang: Saya rasa cabaran ada di mana-mana dan saya tidak rasa cabaran itu hanya di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, acara esports berlaku setiap masa, di mana-mana, di seluruh dunia. Jadi pasukan kami perlu bekerja 24 jam, 7 hari. Kami sentiasa bercakap antara satu sama lain. Tetapi mash bersemangat seperti yang anda lihat.
Ini bukan sekadar mengadakan kejohanan. Kami semua bekerja dengan penuh semangat dan juga menikmati menonton pasukan pro bersama-sama. Inilah emosinya. Kami masih gembira untuk bekerja, semua beban dan pelaburan kami…
Tetapi saya tidak kata ia mencabar dan saya anggap ini adalah sesuatu yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Kami masih sangat seronok bekerja dalam industri esports.
Maka, tamatlah interviu ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada James Yang, Senior Director untuk Level Infinite Global Esports Center kerana sudi menjawab semua soalan kami.
Bagi mereka yang berminat, Honor of Kings kini boleh dimuat turun di mobile melalui Android dan iOS.
@gamersantaimy
Discussion about this post