Jika anda masih ingat, Ubisoft ada mengacah The Settlers semasa E3 pada tahun 2019 dan telah dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2020. Tetapi akibat pandemik, hampir kesemua game telah ditangguhkan termasuklah The Settlers. Setelah lama menyepi, akhirnya game RTS (real-time strategy) ini mendapat tarikh pelancaran rasmi yang baru serta ujian beta tertutup untuk peminat.
Game The Settlers merupakan reboot daripada francais dengan nama yang sama dan merupakan entri kelapan untuk francais. Ia diilhamkan daripada The Settlers 3 dan 4. Game ini telah dibangunkan oleh Ubisoft Düsseldorf dengan kerjasama Mipumi dan Envision Entertainment. Jika anda ingin tahu, ia telah dibangunkan menggunakan Snowdrop Engine, enjin yang sama digunakan untuk membangunkan The DIvision.
Tarikh rasmi pelancaran The Settlers jatuh pada 17 Mac 2022 dan tersedia pada PC melalui Ubisoft Connect dan Epic Games Store. Ujian Beta Tertutup The Settlers pula akan berlangsung pada 20 sehingga 24 Januari 2022. Jika anda berminat untuk menyertainya, sila klik pautan ini.
Gameplay The Settlers
Jika lihat pada tajuk, rasanya anda sudah tahu gameplay utama untuk The Settlers. Ia lebih berfokuskan kepada ekonomi seperti mengumpul sumber, membina bangunan, infrastruktur serta meningkatkan produksi advanced Pemain boleh membina “warehouse” untuk menyimpan sumber-sumber, jalan dan upgrade lain seperti cart untuk mengangkut sumber dan bahan dengan lebih cepat.
Ada juga rakyat yang berperanan sebagai Engineer, yang boleh dikawal oleh pemain. Mereka ini tidak boleh mnyerang tetapi mereka boleh membina bangunan, meninjau bahan mineral bawah tanah, menuntut tanah untuk membesarkan tanah jajahan serta boleh mengambil sumber di dalam dan diluar kawasan pemain.
Landmark yang tersedia merupakan kawasan cabaran yang perlu ditinjau oleh pemain untuk mendapatkan pelbagai ganjaran. Tidak lengkaplah kawasan anda jika tiada yang melindunginya. Anda juga akan mendapat beberapa unit untuk pertempuran seperti Soldier, Support dan Siege. Malah, pemain dapat membina bangunan pertahanan seperti menara untuk melindungi kawasan.
Dalam The Settlers, anda boleh memilih antara tiga faction yang tersedia iaitu Elari, Maru dan Jorn. Setiap faction mempunyai gameplay yang berbeza dan anda akan berjumpa dengan faction lain sepanjang campaign. Untuk campaign game ini, ia akan berlaku pada tiga biome berbeza.
Selain daripada campaign, ada dua mod lain yang tersedia untuk anda cuba dalam entri terbaru francais ini. Dua mod tersebut ialah mod Skirmish dan mod Onslaught. Mod Skirmifh membolehkan anda untuk bertarung secara 1v1, 2v2 atau secara berkumpulan iaitu 4v4. Pertarungan itu anda boleh tetapkan sama ada pemain sebenar atau AI. Untuk mod Onslaught pula, ia merupakan mod cabaran single-player dengan syarat atau peraturan yang telah ditetapkan.
Satu lagi ciri menarik yang ada pada game The Settlers ini, pemain akan dapat menyesuaikan profil atau rupa bentuk bangunan, struktur dan banyak lagi. Jadi, anda bebas untuk mereka wilayah anda mengikut cita rasa sendiri. Walaupun begitu, kesemua penyesuaian ini ditetapkan untuk kosmetiknya sahaja.
Kalau game ini sesuatu yang anda suka, jangan lupa untuk mendaftarkan diri anda untuk ujian beta tertutup oleh Ubisoft. Anda boleh klik pautan ini untuk terus mendaftar!
@gamersantaimy
Discussion about this post