The Settlers akhirnya akan dilancarkan oleh Ubisoft pada tahun ini malah ujian beta tertutup juga akan dijalankan tidak lama lagi. Jika anda tidak pernah dengar mengenai game ini, ia merupakan sebuah RTS (Real-Time Strategy) yang diilhamkan daripada entri terdahulu iaitu The Settlers 3 dan 4. Selepas pelancarannya ditangguhkan akibat pandemik, game ini akhirnya mendapatkan sinarnya kembali. Bersama kami ialah pengarah kreatif The Settlers, Christian Hagedorn untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai perkembangan game ini.
Untuk pengetahuan anda, game ini sudah dibangunkan selama lebih daripada lima tahun. Apabila ditanya mengenai perubahan yang diberikan pada game tersebut, Christian berkata bahawa sudah banyak perkara yang telah diubah pada The Settlers. Beberapa ciri daripada game terdahulu memberi ilham pada entri baru francais ini. The Settlers 3 dan 4 dipilih kerana ia antara entri hebat francais malah ia masih lagi mempunyai pertandingan. Youtuber juga masih menghasilkan kandungan untuk game ini. Sebab itulah reboot ini dibangunkan dan memberikan pandangan baru dengan sentuhan moden kepada peminat. Game ini datang dengan 13 misi. Christian memberitahu bahawa pemain mungkin akan mengambil 12 hingga 15 jam untuk menyelesaikan game ini.
The Settlers juga mempunyai falsafah reka bentuknya tersendiri seperti tiga puak yang tersedia dalam game. Christian memberitahu bahawa pasukan memastikan supaya dunia yang mereka bina itu tiada kaitan dengan dunia sebenar. Pasukan banyak mengambil inspirasi pada seni bina dan juga aspek budaya berbeza untuk menjadikan kesemua puak dapat dibezakan. Contohnya Elari, yang merupakan craftman atau artisan. Bukan sahaja bangunan mereka kukuh tetapi mereka juga suka membangunkan sesuatu.
Maru pula lebih terikat pada alam sekitar. Bukan sahaja mereka berada dekat dengan pantai untuk menikmati kehidupan maritim, mereka juga pandai berdagang, bercucuk tanam dan mengumpul herba. Puak Jorn pula sekumpulan yang sukakan cabaran. Jadi, kesemua senjata mereka tiada tandingan. Mereka hidup di kawasan yang agak sukar untuk didiami, jadi mereka perlu berlatih untuk memanfaatkan kawasan sekitar untuk mendapatkan sumber.
Apabila bertanya mengenai tiga biome yang ada dalam campaign game, rupa-rupanya biome itu berkait rapat dengan setiap puak. Setiap biome akan berubah untuk memberikan pemain mengalami sesuatu yang baru. Dalam Skirmish, pasukan The Settlers telah menawarkan peta untuk semua jenis biome. Dalam Forgotten Plains atau biome utama yang pemain jumpa, akan ada akses mudah untuk pemain mendapatkan sumber dan jalannya sangat mudah untuk pemain jumpa musuh. Ada banyak lagi ruang yang boleh digunakan pemain untuk mengembangkan dan membina dengan lebih cepat atau kuat. Pemain juga perlu memberi perhatian pada penggunaan sumber yang mereka ada.
Kami juga ada bertanyakan mengenai penyesuaian untuk AI dalam full game seperti dalam mod Skirmish. Malang sekali untuk full game, kita tidak boleh menyesuaikannya. AI yang tersedia itulah yang membaca pemain seperti jenis gameplay, sejauh mana kebolehan pemain dan reaksi pemain. Ia sebenarnya memberikan pemain pertarungan yang menarik. Jadi, jika pemain baru, mereka akan senang untuk menyesuaikan diri mereka apabila bermain. Strategi berbeza yang dilakukan oleh AI sebenarnya lebih membantu pemain-pemain seperti ini.
Christian menerangkan lebih lanjut mengenai mod 2v2 dan 4v4 kepada kami. Menurutnya, pemain mungkin tidak mampu untuk bekerjasama dengan AI tetapi boleh dengan pemain sebenar untuk melawan sekumpulan AI.
Tambahan pula, pasukan pembangun tiada perancangan untuk menambah NFT dalam reboot ini. Tetapi akan ada kedai in-game yang tersedia untuk menjual kosmetik untuk penyesuaian pemain. Walau bagaimanapun, mereka memfokuskan pada semua kemahiran yang berkaitan dengan game dan meninggalkan transaksi mikro jauh daripadanya.
Untuk soalan terakhir, kami bertanya mengenai perancangan lanjut untuk The Settlers selepas pelancarannya. Christian berkata bahawa sudah tentu banyak perkara yang telah dirancang untuk game tersebut dan akan berkongsi mengenainya pada masa depan. Tambahnya juga, kandungan akan dikemas kini secara berkala selepas pelancaran game ini.
Rasa menarik pula mencuba game ini lebih-lebih lagi puak-puak yang tersedia dalamnya. Anda boleh mencubanya dalam ujian beta tertutup tidak lama lagi. Sila klik pautan ini untuk mendaftarkan diri dan merasai pengalaman dalam reboot The Settlers ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post