Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft Akan Tutup Akaun “Tidak Aktif”, Pemain Tidak Dapat Main Game yang Dibeli [UPDATE]

Maira by Maira
July 24, 2023 - Updated on July 25, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Ubisoft Akan Tutup Akaun “Tidak Aktif”, Pemain Tidak Dapat Main Game yang Dibeli [UPDATE]
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, ada pengguna Ubisoft yang mengongsikan emel yang mengatakan bahawa akaun mereka bakal ditutup. Perkara ini sudah tentu mendapat perhatian ramai gamer termasuklah pengguna Ubisoft yang lain. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda mengenainya.

[UPDATE]

Kami telah mendapat maklumat terbaharu daripada wakil Ubisoft mengenai isu ini. Berikut adalah perkara yang telah disampaikan oleh mereka.

Selama bertahun-tahun , kami [Ubisoft] telah melaksanakan proses pemadaman akaun kami dengan mematuhi keperluan GDPR (Perkara 5.1.e mengenai kewajipan untuk mengehadkan tempoh penyimpanan data). Dasar kami sejajar dengan keperluan undang-undang dan dengan piawaian industri. Langkah ini juga bertindak sebagai perlindungan kepada pemain kami daripada penipuan.

Pemadaman akaun mengikut proses yang sangat ketat. Oleh itu, Ubisoft mengambil kira 4 kriteria berikut sebelum akaun dipadamkan:

  • Aktiviti gaming akaun sejak penciptaannya
  • Library akaun: akaun yang mempunyai game PC yang dibeli tidak layak untuk dipadamkan
  • Tempoh akaun tidak aktif, bermakna log masuk terakhir ke ekosistem Ubisoft (termasuk daripada game Ubisoft di Steam dan platform lain)
    • Setakat hari ini, Ubisoft tidak pernah memadam akaun yang tidak aktif selama kurang daripada 4 tahun
  • Kewujudan langganan aktif yang terikat pada akaun

Walau apa pun, sebelum pemadaman kekal, tiga e-mel dihantar kepada pemain dalam tempoh 30 hari menawar pemain untuk memulihkan akaun mereka. Di samping itu, jika pengguna cuba log masuk dalam masa 30 hari, mereka akan menerima amaran dan pautan secara automatik untuk mengaktifkan semula akaun mereka.


[Petikan artikel asal]

ubisoft
Sumber: Ubisoft

Menurut AntiDRM di Twitter, dia telah menerima emel amaran daripada Ubisoft yang memberitahu bahawa akaunnya akan ditutup dan semua game yang dibeli tidak dapat diakses. Tweet tersebut turut mendapat perhatian Ubisoft dan mereka menjawab bahawa mereka ingin memberitahu pengguna untuk log masuk akaun dalam masa 30 hari selepas menerima emel tersebut untuk mengelakkan akaun mereka ditutup.

https://twitter.com/PC_enjoyer/status/1681655629276930048?s=20

Melihat jawapan yang diberikan Ubisoft, ramai pengguna telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenainya. Kebanyakannya marah kerana sistem seperti itu tidak sepatutnya wujud kalau ingin mengekalkan pengguna mereka.

Kalau anda ingin tahu, ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini berlaku. Pada tahun 2021, terdapat juga banyak kes mengenai penutupan akaun Ubisoft. Ianya juga berpunca daripada polisi GDPR (General Data Protection Regulation) mereka. Melihat perkara ini bangkit semula, ada kemungkinan besar ia turut berlaku kepada ramai pengguna Ubisoft lain.

ubisoft
Sumber: Ubisoft

Kalau anda juga mempunyai akaun Ubisoft yang tidak aktif dengan lama. Cuba log masuk untuk lihat status akaun. Rugi beli game banyak-banyak tetapi tidak boleh main selepas itu, betul tidak? Untuk membaca segala liputan mengenai game, sila klik pautan ini.

Tags: ubisoft
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman di AFA Creators Super Fest 2023! Pesta anime untuk semua!

Next Post

NieR: Automata ver1.1a akan Kembali dengan Cour 2! Teaser Baru Anime Dilepaskan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
NieR: Automata ver1.1a akan Kembali dengan Cour 2! Teaser Baru Anime Dilepaskan!

NieR: Automata ver1.1a akan Kembali dengan Cour 2! Teaser Baru Anime Dilepaskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd