Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft Akan Bayar Anda Untuk Berikan Maklum Balas Mengenai Permainan Video

Ez money!

Wakambing by Wakambing
April 30, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Ubisoft Akan Bayar Anda Untuk Berikan Maklum Balas Mengenai Permainan Video
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft mengusahakan banyak sumber untuk mempromosikan permainannya (contoh seperti persidangan utama E3 yang memaparkan permainan Ubisoft) dan untuk memastikan bahawa ia melakukan tugasnya dengan betul, penerbit menawarkan untuk membayar pemain mengenai maklum balas mereka terhadap permainan video Ubisoft. Syarikat itu kini telah menghantar jemputan kaji selidik untuk mereka yang terpilih dan memberikan peluang untuk mendapat sedikit ganjaran (duit).

Ubisoft video game marketing survey screenshot

Hari ini, Ubisoft telah menghantar e-mel dengan subjek, “Ingin memberitahu cerita anda & dapatkan bayaran?”. E-mel tersebut menerangkan bahawa syarikat itu “suka” untuk mendengar bagaimana peminat dan pemain mengetahui tentang permainannya. Menurut Ubisoft, sebaik sahaja tinjauan telah diserahkan, peserta akan berpeluang dipilih untuk “kajian penyelidikan menarik” yang akan membayar mereka untuk masa mereka.

Kajian itu menanyakan soalan seperti berapa kerap pemain bermain, laman media sosial yang mereka gunakan, dan francais permainan mana yang mereka minat. Ia juga menanyakan bagaimana pemain menghabiskan masa lapang mereka (ketika mereka tidak bermain permainan), seperti adakah mereka menonton filem dengan kerap atau mendengar muzik, dan bagaimana mereka lebih suka belajar tentang permainan video (laman web Gamer Santai contohnya). Ubisoft, yang bekerjasama dengan perundingan pengurusan kreatif B + A dalam kaji selidik itu, kemungkinan akan menggunakan data tersebut untuk menapis pemasaran permainannya.

Related image

Pada pengakhiran survey ini, pengguna mempunyai pilihan untuk memasukkan maklumat mereka seperti e-mel, nombor telefon, dan media sosial. Ini membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada kajian penyelidikan. Ubisoft dan B + A tidak memberikan apa-apa butiran lain mengenai kajian penyelidikan, hanya ada beberapa jenis ganjaran bagi mereka yang diterima dan mengambil bahagian di dalamnya.

Ubisoft akan menghadiri E3 2019, namun hasil kajian ini mungkin berpotensi untuk pelan E3 Ubisoft akan mempunyai sedikit perubahan. Sekiranya peminat Ubisoft lebih suka mendengar tentang pengumuman permainan video mereka di Twitter ataupun dari iklan YouTube, syarikat itu mungkin akan mengubah strategi pemasarannya untuk dibelanjakan pada sosial media itu dengan lebih berkesan. Kalau korang tak terpilih jangan risau, boleh cuba nasib dengan playtest Ubisoft ini!

Tags: E3maklum balaspemainubisoft
Previous Post

Butiran Trailer Terbaru Call of Duty: Black Ops 4 dan Banyak Perubahan yang akan hadir Minggu Ini.

Next Post

Earth Defense Force: Iron Rain Review – Robot dan serangga semua aku sapu!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Earth Defense Force: Iron Rain Review – Robot dan serangga semua aku sapu!

Earth Defense Force: Iron Rain Review - Robot dan serangga semua aku sapu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd