Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Earth Defense Force: Iron Rain Review – Robot dan serangga semua aku sapu!

Bunuh semut gergasi tak pernah seronok macam ni!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2019 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, PS4, Review
0 0
0
Earth Defense Force: Iron Rain Review – Robot dan serangga semua aku sapu!
Share on FacebookShare on Twitter

Earth Defense Force: Iron Rain ialah judul pertama di dalam siri untuk di-co-developed oleh developer terkenal Yukes dan dibangunkan khas untuk hardware generasi Sony terkini. Walaupun terdapat perubahan baru pada enjin dan pasukan untuk bekerjasama pada game Earth Defense Force kali ini, mempunyai Okajima untuk mengetuai projek ini masih mengekalkan perasaan ikonik EDF. Meletupkan beribu-ribu makhluk asing dan serangga besar tidak pernah nampak seronok seperti ini di PlayStation 4!

JALAN CERITA

Kebanyakkan pemain tidak memerlukan sebab untuk meletupkan serangga besar, tapi jika kamu semua inginkan motivasi, adalah sedikit jalan cerita berlaku di dalam game ini. Sebagai Closer, sebuah hero yang berdepan dengan kapal alien gergasi dikenali sebagai Hivecraft pada tujuh tahun lepas, anda adalah hero yang EDF memerlukan. Dikurniakan dengan energy core unik yang membenarkan anda mengakses keadaan Overdrive, memang alien pun tak berani kacau korang.

Closer ditemani oleh beberapa rakan EDF lain yang meniupkan sedikit kehidupan kepada jalan cerita yang secara tradisionalnya hanya tentang raksasa besar. Adalah juga sedikit drama sebelum bermulanya setiap misi untuk bantu merancakkan jalan cerita yang bagi pendapat saya, lagi seronok daripada judul-judul sebelum ini.

SISTEM PERMAINAN

Pertarungan di bandar urban yang sudah lama dibiarkan, laluan bawah tanah gua yang pelbagai cabang, dan misi melindungi pangkalan EDF hanya sebahagian daripada rutin seharian EDF. Variasi setiap jenis musuh juga membezakan dan memberi pandangan unik kepada setiap misi. Kadang-kadang korang akan berdepan dengan kumbang gergasi, dalam misi lain korang akan jumpa robot besar pulak. Yang paling minimum pun semut!

Walapun tidak penting pada difficulty rendah, apabila pemain ingin cuba difficulty level Hardest atau Disaster, membawa barisan senjata yang betul ialah cara pemain akan bertahan hidup di dalam game. Setiap musuh mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri yang memerlukan pemain semua tahu. Walaupun semut silver boleh bertahan energy raillgun korang, senjata yang sama ini mungkin menjadi antara serangan paling hebat untuk menumpaskan robot gergasi daripada jauh.

SISTEM PERTEMPURAN

Earth Defense Force sentiasa memberi fokus kepada pelbagai pilihan senjata untuk dibawa ke dalam pertempuran dan Iron Rain pun tidak dikecualikan. Dengan pilihan sehingga 300 jenis, senjata yang digunakan oleh seorang askar EDF mempunyai pelbagai variasi dan keberkesanan. Pemain mempunyai pilihan antara senjata tradisional EDF seperti assault rifle dan shotgun sebelum beralih kepada senjata yang lebih khusus, seperi senjata orbit satelit, energy cannon yang menembak berterusan dan penambahan paling baru kepada tentera EDF, pedang! Setiap senjata dinilai daripada tier list yang bermula daripada E hingga AA dengan senjata rank tinggi mengeluarkan damage yang lebih tinggi serta mempunyai efek istimewa pada serangan mereka.

Kebanyakkan senjata yang askar EDF miliki mempunyai ammo yang infinite, tetapi masih harus reload atau recharge. Walaupun ini bagus, senjata yang paling hebat di dalam game hanya boleh ditembak beberapa kali sahaja untuk setiap misi. Jika korang berdepan dengan Hivecraft besar atau misi yang melibatkan boss gergasi di penghujung, mungkin idea yang baik untuk bawa sekali sniper rifle yang memberi tembakan single shot, tetapi melakukan lebih daripada 50000 damage!

Earth Defense Force telah lama mempunyai pilihan kelas karakter yang unik dan hebat. Terdapat empat kelas utama (ditandakan oleh jenis P-Gear yang hero memakai) yang pemain akan buka sepanjang campaign, termasuk ekstra kelas ke lima yang hanya boleh digunakan selepas menyelesaikan campaign buat kali pertama.

Jika korang rasa nak terbang sini sana dalam map, gear Jet Lifter membenarkan pemain terbang untuk tempoh pendek. Bagi mereka yang suka duduk paling depan di medan perang, Heavy Striker boleh menembak dua senjata serentak tidak kisah jenis apa dan membuka energy shield untuk menghalang serangan daripada depan. Archtype tradisional untuk askar ialah Trooper, yang memiliki kapasiti item tertinggi antara kelas dan sebuah dodge roll untuk mengelak serangan. Akhirnya, kelas terbaru dan juga kegemaran saya ialah Prowl Rider! Kelas ini membenarkan pemain untuk mengambil pendekatan seperti Attack on Titan dengan cara terbang di dalam map menggunakan grappling hook istimewa. Prowl Rider juga mempunyai kebolehan untuk membawa serangga besar ke pertarungan dan menunggangnya buat sementara menggunkan abiliti Overdrive.

Overdrive ialah mekanik baru yang direka khas untuk Earth Defense Force: Iron Rain dan menukar askar anda menjadi killing machine! Overdrive hanya boleh digunakan sekali untuk setiap map ( dua kali jika pemain membawa item khusus) dan pada saat Overdrive, pemain akan bergerak dengan lebih pantas, menembak dengan lebih laju, dan reload pun sekejap serta infinite energy untuk special movement ability hero anda. Malangnya, korang tidak imun kepada damage pada saat ini dan jika korang terletupkan diri sendiri dengan grenade atau dipijak oleh raksasa besar, memang mudah saja mati juga.

KESIMPULAN

Earth Defense Force: Iron Rain memang antara shooter run-and-gun paling menagihkan di PlayStation dan terdapat pelbagi inovasi untuk menarik minat pemain di Barat. Dengan gabungan mekanik dan musuh baru di dalam sebuah resepi klasik dan pada masa yang sama, mengekalkan elemen asas EDF, menjadikan Iron Rain sebuah game yang menyegarkan dan sangat menyeronokkan. Korang boleh dapatkan Earth Defense Force: Iron Rain di pelantar PlayStation 4 sekarang! Jadi jika ada apa-apa nak tambah, boleh sahaja memberi komen di ruang yang tersedia. Ini sahaja buat masa ini daripada Labu! Jumpa lagi!

The Review

Earth Defense Force: Iron Rain

3.5 Score

Sangat solid dan mampu menarik peminat. Walaupun terdapat kesalahan yang susah untuk diabaikan, tetapi pengalaman bermain game ini tetap seronok!

PROS

  • Penambahan baru dan inovatif.
  • Feature customization yang lagi mendalam.
  • Pilihan senjata yang lebih banyak.

CONS

  • Gagal memberi pengalaman EDF yang peminat inginkan.
  • Pelbagai bug dan masalah camera.

Review Breakdown

  • Memuaskan walaupun mudah.
Tags: Earth Defense ForceEarth Defense Force: Iron RainEDFPlayStation 4PS4Yukes
Previous Post

Ubisoft Akan Bayar Anda Untuk Berikan Maklum Balas Mengenai Permainan Video

Next Post

Mortal Kombat 11 versi Switch pun ada baik buruknya.

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Mortal Kombat 11 versi Switch pun ada baik buruknya.

Mortal Kombat 11 versi Switch pun ada baik buruknya.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd