Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di persidangan “25th Future of Asia” di Tokyo mengesa Amerika Syarikat dan China untuk membuat konsesi dalam pertikaian mereka dan memberi peringatan bahawa kegagalan untuk berunding akan membawa kepada konflik peperangan.
Khususnya, Tun M mempersoalkan pendirian A.S yang tidak kompromi terhadap telekomunikasi gergasi China iaitu Huawei Technologies.
“Huawei telah mencapai kemajuan besar terhadap teknologi Amerika. Walaupun A.S. telah lama mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat, mereka mesti menerima bahawa keupayaan ini dapat [sekarang] juga dijumpai di SEA.” – Tun M
Walaupun negara-negara termasuk Jepun dan Australia telah mengambil langkah-langkah untuk mengelak penggunaan peralatan Huawei kerana mereka memperkenalkan rangkaian mudah alih 5G terbaru,Tun M menyatakan bahawa Malaysia akan terus menggunakan teknologi Huawei walau sebesar mana ketegangan yang dialami pihak itu. Beliau turut berkata Malaysia tidak akan terkesan jika A.S mengambil langkah untuk mengintip Malaysia yang kononya menggunakan teknologi mereka.
“Penyelidikan Huawei jauh lebih besar daripada keupayaan Malaysia, Jadi kami akan cuba menggunakan teknologi mereka sebaik mungkin. – Tun M
A.S. baru-baru ini meletakkan Huawei pada List Entiti, pada asasnya senarai hitam untuk syarikat asing yang dianggap ancaman bagi keselamatan negara. Boleh rujuk disini. Disebabkan itu, syarikat-syarikat A.S. harus mendapatkan kelulusan kerajaan untuk mengeksport produk ke Huawei. Implikasi ini telah menyebar jauh di luar sempadan Amerika, yang mempengaruhi pembekal Huawei yang menggunakan produk atau perisian A.S..
@gamersantaimy
Discussion about this post