Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TUDUM] Drifting Home – Filem anime terbaru dari Studio Colorido telah diumumkan!

Maira by Maira
September 25, 2021
in Anime, Movie/siri, Netflix
0 0
0
[TUDUM] Drifting Home – Filem anime terbaru dari Studio Colorido telah diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio Colorido mengumumkan studio itu sedang membikin filem anime terbaru yang bertajuk Drifting Home. Maklumat ini telah didedahkan semasa acara TUDUM iaitu acara global Netflix untuk peminat mereka. Tayangan siaran langsung yang pertama ini memberi fokus kepada anime yang tersedia dalam platform itu. Beberapa anime lain juga telah didedahkan dalam acara tersebut. Studio Colorido terkenal dengan filemnya seperti Penguin Highway dan A Whisker Away yang telah ditayangkan tahun lepas di Netflix.

Filem terbaru ini akan dihasilkan dengan kebanyakan staf yang juga menghasilkan Penguin Highway. Drifting Home atau tajuk asalnya Ame o Tsugeru Hyōryū Danchi akan ditayangkan ke seluruh dunia melalui Netflix pada tahun 2022 dan pawagam di Jepun. Filem ini juga merupakan filem ketiga dari Studio Colorido.

Berikut adalah antara staf yang terlibat dengan pembikinan filem Drifting Home:

  • Pengarah = Hiroyasu Ishida (Penguin Highway, Fumiko’s Confession)
  • Penulis skrip = Hiroyasu Ishida, Hayashi Mori (Cells at Work! Code Black, Layton Mystery Tanteisha: Katori no Nazotoki File) dan Minaka Sakamoto (Babylon)
  • Reka bentuk karakter = Akihiro Nagae (Fastening Days)
  • Penolong pereka karakter = Fumi Katō (pengarah animasi Penguin Highway)
  • Composer muzik = Umitarō Abe (Penguin Highway)

Sinopsis Drifting Home

Anime fantasi ini berpusat pada Kōsuke dan rakan masa kecilnya Natsume. Kedua-duanya baru memasuki kelas enam, dan memasuki fasa janggal dalam persahabatan mereka. Perasaan janggal itu jugalah yang membuatkan mereka menghindari antara satu sama lain. Suatu hari semasa cuti musim panas, mereka telah mengunjungi bangunan pangsapuri yang akan dirobohkan. Bangunan tersebut merupakan tempat tinggal mereka ketika dahulu. Tiba-tiba, Kosuke, Natsume dan rakan-rakan mereka terperangkap dalam fenomena pelik dan keseluruhan bangunan tersebut telah dikelilingi oleh lautan. Mereka secara berkumpulan mesti berusaha untuk mencari jalan pulang dari bangunan yang hanyut itu.

RelatedPosts

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

Untuk mendapat liputan lanjut mengenai acara TUDUM, anda boleh klik di sini. Anda juga boleh membaca liputan mengenai anime dan manga dari kami.

Sumber: Anime News Network

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDrifting HomenetflixStudio Colorido
Previous Post

[TUDUM] Anime Netflix Ultraman Season 2 menampilkan 6 Ultra!

Next Post

Kimetsu no Yaiba: Entertainment District Arc akan bermula Disember ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025
Jom Singgah!

MINISO x One Piece Berlayar Ke Malaysia dengan Kedai Tema Pertama Asia Tenggara Bermula 5 Julai 2025

July 4, 2025
Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!
Jom Singgah!

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

July 4, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Kimetsu no Yaiba: Entertainment District Arc akan bermula Disember ini!

Kimetsu no Yaiba: Entertainment District Arc akan bermula Disember ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd