Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Transformers One Akan Tayang September 2024, Kisah Awal Optimus Prime & Megatron

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2024
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Transformers One Akan Tayang September 2024, Kisah Awal Optimus Prime & Megatron
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, GSC mengesahkan bahawa mereka akan menayangkan Transformers One, filem animasi komedi berdasarkan francais Transformers, di pawagam Malaysia pada 19 September 2024!

Sempena pengumuman ini, GSC turut memuat naik trailer baharu yang menampilkan adegan lucu daripada filem tersebut:

Filem ini menggambarkan asal usul dan hubungan awal Optimus Prime dan Megatron dan bagaimana mereka selama-lamanya mengubah nasib Cybertron, planet asal Transformers. Merupakan filem ke-8 secara keseluruhan dalam siri filem Transformers, ia juga adalah filem ciri animasi teater pertama sejak The Transformers: The Movie (1986).

Kredit: Paramount Pictures

Inilah sinopsis rasmi:

“Berlatarkan Cybertron, Transformers One ialah kisah asal usul yang tidak diceritakan tentang Optimus Prime dan Megatron semasa muda. Sebelum mereka bertukar menjadi musuh abadi sebagai ketua puak robot yang berperang sesama sendiri— Autobot dan Decepticon — mereka adalah saudara sama perjuangan, Orion Pax dan D-16, yang tanpa sengaja mengubah nasib planet mereka selama-lamanya.”

“Semasa menjalankan pengurusan sisa di dalam hati Cybertron, Orion dan D-16 bertemu pekerja B-127 a.k.a. Bumblebee, dan Ariel a.k.a. Elita-1, sebelum memulakan perjalanan berbahaya ke dunia di atas permukaan planet.”

Kredit: Paramount Pictures

Diarahkan oleh Josh Cooley, bersama animasi diuruskan oleh Industrial Light & Magic, barisan pelakon suara ternyata cukup hebat dan termasuk:

  • Chris Hemsworth sebagai Orion Pax / Optimus Prime
  • Brian Tyree Henry sebagai D-16 / Megatron
  • Scarlett Johansson sebagai Ariel / Elita-1
  • Keegan-Michael Key sebagai B-127 / Bumblebee
  • Steve Buscemi sebagai antagonis utama filem itu
  • Laurence Fishburne sebagai Alpha Trion
  • Jon Hamm sebagai Sentinel Prime
Kredit: Paramount Pictures
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Transformers One
ShareTweetSend
Previous Post

Captain America: Brave New World Akan Tayang Februari 2025 – Ada Red Hulk!

Next Post

Reviu Kunitsu-Gami: Path of the Goddess – Hapuskan Iblis Dengan Tarian Kagura!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Reviu Kunitsu-Gami: Path of the Goddess – Hapuskan Iblis Dengan Tarian Kagura!

Reviu Kunitsu-Gami: Path of the Goddess - Hapuskan Iblis Dengan Tarian Kagura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd