Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Captain America: Brave New World Akan Tayang Februari 2025 – Ada Red Hulk!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Captain America: Brave New World Akan Tayang Februari 2025 – Ada Red Hulk!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lagi Steve Rogers, Sam Wilson kini akan menjadi fokus utama dalam Marvel Studios’ Captain America: Brave New World, yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 Februari 2025.

Dalam episod terakhir siri The Falcon and the Winter Soldier, Sam Wilson (Anthony Mackie) akhirnya memutuskan bahawa dia sudah bersedia untuk menggantikan Steve Rogers sebagai Captain America baharu. Kini sudah lebih tiga tahun sejak siri Disney+ tersebut tamat, dan akhirnya kami mendapat pandangan pertama untuk kisahnya seterusnya dalam trailer pertama Captain America: Brave New World:

Sinopsis

“Selepas bertemu dengan Thaddeus Ross (Harrison Ford), Presiden Amerika Syarikat yang baru sahaja dilantik, Sam mendapati dirinya terperangkap di dalam insiden antarabangsa yang besar. Dia mesti membongkarkan sebab di sebalik rancangan global yang jahat itu sebelum dalang sebenar membuat seluruh dunia melihat “merah”.”

Merupakan sekuel kepada siri mini televisyen The Falcon and the Winter Soldier (2021), dan filem ke-35 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), Captain America: Brave New World  diarahkan oleh Julius Onah daripada skrip oleh Malcolm Spellman dan Dalan Musson, dan Matthew Orton.

Kredit: Marvel Studios

Easter Egg Besar Daripada Trailer

Walaupun ada banyak easter egg daripada trailer ini, saya anggap hal-hal di bawah paling menarik sekali.

  • Bermula dengan Giancarlo Esposito, pelakon terkenal ini berlakon sebagai watak yang masih belum didedahkan oleh Marvel tetapi satu khabar angin melaporkan dia akan memainkan watak George Washington Bridge. Dalam komik, watak itu ialah seorang tentera upahan yang akhirnya menyertai S.H.I.E.L.D.
Kredit: Marvel Studios
  • Sejak Eternals ditayangkan di pawagam pada tahun 2021, peminat tertanya-tanya mengapa Celestial gergasi yang menonjol di lautan seolah-olah diabaikan oleh semua watak MCU. Nampaknya gergasi itu akhirnya akan kembali di Brave New World, kerana kita melihat sekilas pandang struktur besar di lautan pada hujung trailer.
Kredit: Marvel Studios
  • Selain Mackie, kita melihat Danny Ramirez akan mengulangi peranannya sebagai Joaquin Torres (aka Falcon baharu) dan Carl Lumbly sebagai askar super Isaiah Bradley (yang cuba membunuh presiden).
Kredit: Marvel Studios
  • Namun, penjahat sebenar ialah Samuel Sterns, aka The Leader, yang dimainkan oleh Tim Blake Nelson. Di tengah-tengah trailer, kami dapat melihat antagonis itu daripada belakang sambil dia bercakap dengan seseorang melalui telefon.
Kredit: Marvel Studios
  • Tetapi kejutan paling besar sekali adalah Presiden Ross akan berubah menjadi Red Hulk. Seperti namanya, Hulk ini berwarna merah, dan mampu menyerap sinaran gamma dan memancarkan pancaran optik dari matanya, menurut komik.
Kredit: Marvel Studios

Tags: Captain America: Brave New World
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Concert Tour 2024 Kembali Di Malaysia Pada 19 Oktober!

Next Post

Transformers One Akan Tayang September 2024, Kisah Awal Optimus Prime & Megatron

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Transformers One Akan Tayang September 2024, Kisah Awal Optimus Prime & Megatron

Transformers One Akan Tayang September 2024, Kisah Awal Optimus Prime & Megatron

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd