Burn the Witch oleh Tite Kubo berada di fikiran semua peminat sejak membuat debut one-shot di Weekly Shonen Jump dua tahun lepas. Sekarang, spin-off Bleach ini akan menuju ke alam animasi pada bulan Oktober 2020, dan peminat boleh melihat visual pertama berkat trailer baru di bawah:
Anime tersebut akan mengadakan tayangan acara di Jepun pada 2 Oktober dan isu ke-38 majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha mendedahkan bahawa versi yang disiarkan akan menjadi “versi edit di mana kandungannya akan sedikit berbeza berbanding versi yang akan ditayangkan [di teater Jepun].” Laman MoCa News pula mengesahkan yang anime akan disusun kepada tiga episod untuk versi penstriman.
Pelakon suara yang disahkan termasuk:
- Asami Tano – Ninny Spangcole
- Yuina Yamada – Noel Niihashi.
- Shimba Tsuchiya – Taman Balgo
- Hiroaki Hirata – Chief
- Rie Hikisaka – Osushi-chan
Studio Colorido dan pasukan Yamahitsuji akan menghasilkan filem anime ini. Tatsurō Kawano ( Psycho-Pass 2, Gatchaman Crowds) akan mengarahkan anime, dan Yūji Shimizu (Gatchaman Crowds) adalah penolong pengarah. Chika Suzumura (Yozakura Quartet ~ Hana no Uta ~) akan menulis skrip, Natsuki Yamada (Time Bokan 24) adalah pereka watak, dan Keisuke Ōkura menangani reka bentuk naga. Keiji Inai (Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon?, The Royal Tutor) akan menyusun muzik.
Versi manga akan mempunyai empat bab, dan sudah bermula dalam edisi ke-38 Weekly Shonen Jump. Manga ini masih berdasarkan pada manga one-shot sama yang dilancarkan pada Julai 2018.
Sinopsis rasmi:
Menurut sejarah, 72% daripada semua kematian di London berkaitan dengan naga dan makhluk ajaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Walaupun tidak diketahui oleh semua, beberapa manusia telah melawan naga-naga ini.
Hanya penduduk Reverse London yang tinggal di dimensi “terbalik” sahaja dapat melihat naga tersebut. Walaupun begitu, hanya beberapa yang terpilih sahaja yang cukup layak sebagai “witch” atau “wizard” untuk berkonfrontasi dengannya.
Protagonis cerita adalah duo penyihir Noel Niihashi dan Ninny Spangcole. Mereka adalah ejen perlindungan untuk Wing Bind (WB), sebuah organisasi pemeliharaan dan pengurusan naga. Misi mereka adalah untuk melindungi dan menguruskan naga di London bagi menjaga keselamatan penduduk.
@gamersantaimy
Discussion about this post