Berlangsung di dunia yang sama seperti Bleach, one-shot ini menampilkan Soul Society versi barat di kota “Reverse London” ketika dua “witch” melawan menentang naga untuk organisasi bernama “Wing Bind.”
Dihasilkan oleh Studio Colorido, Burn the Witch akan memulakan adaptasi anime. Ia akan diarahkan oleh Tatsuro Kawano (Gatchaman Crowds), Yuji Shimizu akan menjadi penolong pengarah, Chika Suzumura mengendalikan skrip, Natsuki Yamada akan mereka bentuk karakter, Keisuke Okura akan merancang reka bentuk naga , dan Keiji Inai akan menyusun muzik. Menyedari bahawa Burn The Witch akan menjadi anime, Tite Kubo juga akan membuat siri penuh supaya ada lebih banyak kandungan untuk anime akan datang.
Sekian lama, peminat Bleach akhirnya dapat apa mereka inginkan. Anime Burn the Witch akan keluar pada tahun 2020, tetapi seperti biasa, masih banyak yang dirahsiakan. Peminat hanya perlu bersabar untuk beberapa lama lagi sebelum semua didedahkan..
@gamersantaimy
Discussion about this post