Trailer terbaru untuk anime Bleach telah didedahkan semasa Jump Festa 2022! Anime tersebut akan mengadaptasi Final Arc untuk Bleach iaitu Thousand Year Blood War Arc. Dalam trailer tersebut juga telah mendedahkan bahawa ia akan ditayangkan pada Oktober 2022. Arc ini akan diadaptasikan mengikut cerita asal daripada manga sehingga pengakhiran manga tersebut.
Jump Festa 2022 juga telah mendedahkan beberapa staf yang terlibat untuk adaptasi terbaru ini. Tomohisa Taguchi menggantukan Noriyuki Abe untuk mengarahkan anime ini di Studio Pierrot. Masashi Kudo kembali sebagai pereka watak dan Shiro Sagisu kembali untuk mengarang muzik anime tersebut.
Untuk liputan lain mengenai Bleach, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post