Dalam temu bual yang pelik, pencipta Chainsaw Man – Tatsuki Fujimoto mengesahkan bahawa kedua-dua Part 2 untuk manga dan adaptasi anime akan ditayangkan pada tahun 2022.
Fujimoto diwakili oleh avatar Pochita syaitan gergaji yang comel dan dalam temu bual “candid” itu, mengesahkan bahawa Part 2 untuk siri manga Chainsaw Man akan membuat debut di platform Shonen Jump+ pada musim panas 2022. Sempena pengumuman ini, sebuah teaser didedahkan yang memaparkan Makima di penghujung video. Ini juga mengesahkan bahawa adaptasi anime akan membuat tayangan perdana pada tahun 2022 dan dihasilkan oleh studio MAPPA (Attack on Titan ).
Sejak diterbitkan pada 2018, manga Chainsaw Man telah menjadi popular di seluruh dunia dan merupakan karya paling popular oleh Fujimoto, dengan lebih 12 juta salinan dalam edaran. Sebelum Chainsaw Man diterbitkan, Fujimoto amat terkenal dengan siri Fire Punch.
Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:
“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.
Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”
Sumber – Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post