Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tostador” memang nampak real lah! Jom unboxing Collector’s Edition Far Cry 6 yang gempak ni!

Nyny.A by Nyny.A
September 7, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk, Review, Shopee/Lazada, Unboxing
0 0
0
“Tostador” memang nampak real lah! Jom unboxing Collector’s Edition Far Cry 6 yang gempak ni!
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi sebuah tradisi permainan akan keluarkan Collector’s Edition pada peminat yang suka mengumpulkan barangan terhad sesebuah permainan, lebih-lebih lagi permainan AAA dari pemaju terkenal. Sama juga apa yang ada di tangan kami kali ini, dari sebuah permainan AAA yang dinantikan ramai iaitu Collector’s Edition Far Cry 6 yang dijadualkan hadir pada 7 Oktober ini di platform PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. 

Sebelum tu jom flashback balik sinopsis untuk game Far Cry 6 terbaru ini:

Far Cry 6 adalah FPS di dunia terbuka yang membawa pemain ke tengah revolusi Guerrilla moden di Yara, sebuah syurga tropika yang membeku pada masa di bawah pemerintahan Presiden Antón Castillo (Giancarlo Esposito). Ketika dia berikrar untuk mengembalikan kaumnya ke bekas kemuliaan sambil memperindah puteranya Diego (Anthony Gonzalez) untuk mengikuti jejaknya, pemain akan merangkul watak Dani Rojas, seorang bekas pelajar sekolah tentera yang berubah menjadi pejuang Guerrilla dalam usaha mereka untuk menggulingkan kezaliman dan menyatukan bangsa itu.

Far Cry 6 – Collector’s Edition

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Tiba sahaja barangan istiemewa ini dari Ubisoft, saya paling teruja dengan kotak Collector Edition ini bila di tangan. Baru kotak tau, belum buka lagi! Kalau lihat di kotak ini, ianya seperti warna coklat lama yang macam dah lusuh tertulis “CUIDADO” atau maksudnya “berhati–hati” di bahagian depan. Di belakang pula terdapat lukisan lakaran “Tostador” senjata api dalam permainan.

Buka sahaja kotak, disitulah terletaknya steelbook eksklusif, ada peta Yara, ada keychain dan banyak lagi. Angkat sahaja bahagian atas, di belah bawah terdapat senjata api flamethrower dari permainan iaitu “Tostador”. Walaupun ianya replika semata-mata, memang jojes weh! Nampak macam real, inilah kalau real seronok buat bakar marshmellow ni!

Ok jom lihat galeri di bawah untuk barangan yang tersedia dalam koleksi Collector’s Edition ini:

Peta Yara

Collector’s Case/ Steel Book

Rantai kunci Chorizo

Buku seni format A4

Soundtrack

“Tostador”

Senarai lengkap barang fizikal dalam Far Cry 6 Collector Edition adalah seperti berikut:

  • Replika setinggi 72cm “Tostador”, senjata api flamethrower dari permainan.
  • Karya seni one-pager “How to Assemble”, digambarkan oleh artis Tobatron.
  • Collector’s Case berdasarkan gaya seni Tobatron
  • Steelbook eksklusif dengan reka bentuk yang simbolik
  • Buku seni format A4 64 halaman yang menampilkan karya seni eksklusif
  • Satu set 10 stickers
  • Rantai kunci Chorizo
  • Soundtrack terpilih
  • Peta dunia Yara

Far Cry 6 Collector’s Edition juga dilengkapi akses ke Season Pass permainan (yang menampilkan 3 DLC).

Mantap kan Collector Edition Far Cry 6 ni? Tak sabar pasukan kami nak letak Tostador tu kat rak perhiasan kami! Jadi pada anda yang ingin memiliki rdisi ini, jangan lupa untuk Pre-order sekarang melalui Shopee Mall Ubisoft pada harga RM 645.00. Anda akan mendapat produk ini yang dijadualkan diedarkan semasa pelancaran. Terima kasih Ubisoft untuk unit unboxing ini! Jangan lupa Far Cry 6 akan dilancarkan 7 Oktober ini!

Pra-pesan Collector’s Edition Far Cry 6 di sini!
Pre-order di sini
FAR CRY 6
Release Date: 2021-05-25
Announce Date: 2020-07-12
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Far Cry 6 adalah permainan penembak orang pertama yang akan datang yang dikembangkan oleh Ubisoft Toronto dan diterbitkan oleh Ubisoft. Ini adalah ansuran utama keenam siri Far Cry, dan dijangka akan dikeluarkan pada 18 Februari 2021 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan Google Stadia.
Tags: Collector's EditionCollector's Edition Far Cry 6Far Cry 6ubisoft
Previous Post

Zangief dah berumur 65 tahun?! Dah tua rupanya geng Street Fighter!

Next Post

Unboxing SIEGE YEAR 6 Collector’s Case – Sledgehammer ikonik untuk peminat R6!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Unboxing SIEGE YEAR 6 Collector’s Case – Sledgehammer ikonik untuk peminat R6!

Unboxing SIEGE YEAR 6 Collector's Case - Sledgehammer ikonik untuk peminat R6!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd