Hari ini di Ubisoft telah mengumumkan yang Operation Burnt Horizon, musim pertama untuk tahun keempat bagi Tom Clancy’s Rainbow Six Siege telah diumumkan untuk PC, Playstation 4 dan Xbox One. Operation Burnt Horizon telah memberikan dua operator iaitu Mozzie dan Gridlock bersama map baru yang bernama Outback, ianya bertempat di pusat perkhidmatan di jalan lama lama Australia.
Pemilik yang ada pass tahun keempat boleh operasi terbaru bermula pada hari ini, pemain lain boleh dapatkan Operators tersebut pada 13 Mac ini dengan menggunakan Renown, ataupun R6 Credits. Map Outback yang terbaru itu dengan penambahbaikan adalah percuma kepada semua pemain Rainbow Six Siege.
Mozzie adalah pertahanan dari Australia yang boleh mengodam dan mengambil alih drone musuh dengan menggunakan Pest Launcher. Untuk Gridlock pula penyerang dari Australia yang boleh mengeluarkan tapak yang paku untuk memperlahankan mereka, kemudiannya mencederakan mereka. Gridlock juga yang boleh gunakan Trax sebab penghalang untuk membentuk semula map dan menjaga kawasan tersebut.
Selain itu, pemain akan merasai jalan lama yang sukar di Outback map yang memberi penghormatan kepada pusat khidmat di Australia Red Heart. Jadi, anda boleh melayari website mereka untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post