Di permulaan Tokyo Ghoul, kami akan bertemu dengan seorang pelajar kolej bernama Kaneki Ken, yang mendapati dirinya berubah kepada sejenis “ghoul” istimewa. Sudah tentu, dia tahu apakah itu “ghoul“, kerana makhluk ganas ini sudah lama ter tular di media massa. Ken yakin bahawa dia tidak akan ada apa-apa kaitan dengan mana-mana “ghoul“, tetapi selepas bertemu dengan Kamishiro Rize, dia terperangkap dalam satu dunia kejam penuh dengan konspirasi gelap. Mari kita belajar bagaimana Kaneki Ken berubah menjadi “One-Eyed Ghoul“!
Ketika Ken melihat seorang wanita muda yang cantik sekitar usianya di kafe Anteiku, dia memberanikan diri untuk cuba ajak wanita tersebut keluar temu janji. Ken agak pemalu, tetapi siapa sangka, wanita yang bernama Kamishiro Rize menerima pelawaannya. Semasa temu janji, Ken dan Rize menjadi lebih rapat selepas berkongsi minat mereka terhadap buku dan analisis sastera, tetapi ketika malam menjelang, Rize mula kelihatan gugup.
Dia tahu bahawa “ghoul” suka keluar pada waktu malam untuk mencari mangsa, dan dia tidak mahu Ken menjauhkan diri darinya. Ken bersetuju, dan mereka teruskan perjalanan di tapak pembinaan yang kosong. Ken, yang masih berharap, memberitahu bahawa temu janji itu berjalan dengan lancar dan dapat rasa sejenis hubungan dengan Rize. Tanpa sangka, Rize pun mempunyai perasaan yang sama, dan ingin membuktikan kepada Ken.
Matanya berubah merah dan tiba-tiba, dia menggigit bahu Ken. Ken terpegun dan tidak mampu membuat apa-apa ketika Rize menunjukkan kagune (organ di dalam badan ghoul yang juga berfungsi sebagai senjata) miliknya, yang merupakan empat sesungut hitam. Rupanya Rize adalah seekor “ghoul“, dan dia tidak mahu Ken melarikan diri. Ken mengalami kecederaan parah di perut, dan Rize datang dekat, siap sedia untuk memakannya.
Ketika itulah sejumlah tetulang besi di tapak pembinaan terjatuh ke atas Rize. Walaupun dirinya adalah seekor “ghoul“, nampaknya Rize pun tidak terselamat dari kemalangan besar seperti itu. Di jauh, kita boleh lihat Ken terselamat. Dalam keadaan pengsan, dia telah dibawa oleh ambulans. Harap maklum bahawa ini semua adalah sebahagian dari rancangan Dr. Akihiro Kano. Saya akan jelaskan lagi di bawah.
Kaneki Ken terbangun di hospital di mana hanya sebelah matanya kelihatan seperti ghoul serta mendapati dirinya tidak ada selera untuk makan. Dia sendiri tidak tahu matanya telah berubah, tetapi menyedari bahawa dia tidak boleh makan lagi makanan manusia dan menganggap rasanya jijik. Ken akan tahu kebenarannya tidak lama selepas itu.
Dr. Akihiro Kano, tanpa meminta izin, telah memindahkan beberapa organ Rize ke dalam badan Ken, lantas mengubahnya menjadi ghoul artifisial. Ghoul seperti itu sebenarnya lebih kuat daripada jenis konvensional, di mana Dr. Kano berharap agar Ken dapat merealisasikan potensi sebenarnya sebagai hibrid antara manusia dan ghoul.
Pada masa yang sama, Rize sebenarnya tidak mati dan rupanya terkurung di makmal bawah tanah. Itu sahaja tugasnya (buat masa itu). Ken kini mempunyai abiliti Rize dalam badannya, yang bermaksud dia dapat menggunakan kagune dan mempunyai kekuatan, kepantasan, dan stamina yang lebih tinggi dari manusia biasa.
Ini bukan kali pertama Dr. Kano melakukan eksperimen seperti ini. Dia telah dipecat dari cawangan perubatan CCG (Commission of Counter Ghoul) kerana bereksperimen dengan tubuh manusia dan ghoul, lalu terpaksa melarikan diri dan mencipta makmal peribadi baru. Adik-beradik Kurona dan Nashiro adalah ghoul artifisial ciptaan beliau, tetapi berbeza dari Ken, mereka setia kepada Dr. Kano. Sekarang Ken juga menjadi sebahagian dari rancangan itu, dan Dr. Kano tidak sabar untuk melihat sejauh mana Ken akan maju.
Peminat setia pasti akan tahu apa yang terjadi pada Kaneki Ken. Memang tragis dan bukan siri manga yang saya boleh kata mudah untuk “faham”. Bahagian ini saya mungkin akan cerita pada hari lain. Untuk segala liputan kami tentang Tokyo Ghoul, sila tekan pautan ini.
Sumber gambar – Tokyo Ghoul anime JP
@gamersantaimy
Discussion about this post