Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kontroversi Video “Bunny Girl” Honkai Impact 3rd?! miHoYo mengeluarkan kenyataan rasmi

Apa sebenarnya yang terjadi ini?!

Nyny.A by Nyny.A
April 25, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Kontroversi Video “Bunny Girl” Honkai Impact 3rd?! miHoYo mengeluarkan kenyataan rasmi
Share on FacebookShare on Twitter

Pemaju terkenal miHoYo untuk permainan Genshin Impact dan Honkai Impact 3rd nampaknya telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 22 April, meminta maaf dan membatalkan acara ulang tahun disebabkan kontroversi video “Bunny Girl” dalam permainan Global Honkai Impact 3rd mereka, tetapi apa yang sebenarnya berlaku sehingga menjadi toxic dan treding ini?

Baiklah, pada awalnya miHoYo telah mengongsikan video istimewa memaparkan beberapa watak Honkai Impact 3rd menari dalam pakaian “Bunny”. Ia serupa dengan video Miku Miku Dance yang biasa, tetapi dalam kualiti yang jauh lebih tinggi.

Ianya sempena menyambut ulangtahun ke-3 permainan ini dalam versi Global. Lagu khas ulantahun “Brilliant Bright” juga dihasilkan bersama kolaborasi Myth & Roid (Band dari Jepun yang popular dalam anime). Jadi memang ketara miHoYo ingin memberi sesuatu yang terbaik kepada pemain. Selepas video rasmi watak memakai baju “Bunny” tersebut disiarkan di YouTube, kekecohan pun bermula dari toxic oleh pemain China Honkai sehingga video tersebut diturunkan miHoYo. Dan kenyataan rasmi menyatakan acara tersebut Dibatalkan untuk server Global. Mana yang tidak sempat menonton video tersebut, boleh lihat dibawah dari perkongsian YouTuber Whize Rezhaenk;

https://www.youtube.com/watch?v=Ce9Awb3dbx4

Seperti yang dikongsikan Dual Shockers, pengguna Reddit Amped-Up-Archos mrnyatakan sebahagian dari pangkalan pemain China merasa cemburu bahawa mereka tidak mendapat acara yang sama seperti di Global. Juga ada yang menyatakan, video Bunny Girl ini nampak melampau dan tidak sesuai dengan watak asal. Peminat yang marah ini mula membuat toxic pada laman sosial Honkai di Bilibili, dan membanjiri miHoYo dengan keluhan, malah mengirim ancaman.

Bukan itu sahaja, kedua-dua pengasas miHoYo melarikan diri dari tragedi apabila seorang peminat yang amarah cuba masuk ke studio miHoYo untuk menyerang mereka dengan pisau, berikutan kontroversi mengenai acara ulang tahun ke-3 Honkai Impact. Menurut Red Star News, polis belum secara rasmi mengumumkan kejadian itu kepada orang ramai, dan semua maklumat terkini mengenai kejadian itu berasal dari netizen yang mengetahui laporan di daerah itu.

Penyerang tersebut dilaporkan mengancam studio itu bahawa dia akan datang untuk membunuh pengasasnya dengan pisau sebelum bunuh diri, namun dia ditangkap di tempat ketika dia sampai di studio. Nasiblah serangan yang berkaitan dengan Honkai dihentikan awal, dan tidak ada yang cedera.

Berikutan reaksi ini, miHoYo akhirnya membatalkan acara ulang tahun dalam versi Global dan memohon meminta maaf kepada pemain China dan Global.

Official Statement pic.twitter.com/AsAnabEJGm

— Honkai Impact 3rd (@HonkaiImpact3rd) April 22, 2021

Sebagai permintaan maaf, kedua versi Global dan versi Cina dari Honkai akan mengedarkan gacha roll percuma kepada pemain mereka. Walau bagaimanapun, server China akan diberi setara dengan 2800 Crystals / 10 rolls kepada semua pemain. Sementara itu pemain server Global hanya akan mendapat 500 Crystals.

Bukan hanya pemain global yang kehilangan acara mereka secara tidak adil, mereka juga tidak mendapat pampasan sebanyak pemain China. Jadi jangan tanya kenapa api pemain makin membaralah~

Jadi apa pendapat anda dalam situasi Kontroversi Video “Bunny Girl” ini? Sebenarnya ianya benda kecil, yang melibatkan berat sebelah, kemudian apabila cuba diselesaikan juga menjadi berat sebelah. Pihak miHoYo seharusnya memberi sama rata kepada semua pemain termasuk Global dan China. Pada yang menyerang tu pula, mungkin kenalah tahan diri tu dari terlalu obses ye dak? Harap miHoYo dapat menyelesaikan segala masalah mereka secepat mungkin, jika tidak, lingkuplah Honkai Impact 3rd~

Muat turun di sini
Honkai Impact 3rd
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2016-10-14
Android, iOS, Microsoft Windows
Honkai Impact 3rd, yang juga disebut Houkai 3rd adalah permainan mudah alih permainan aksi 3D percuma yang dikembangkan dan diterbitkan oleh miHoYo, dan kemudian dipindahkan ke PC Windows. Ini adalah pengganti rohani untuk Guns GirlZ, menggunakan banyak watak dari tajuk sebelumnya dalam cerita yang terpisah.  
Tags: Honkai Impact 3rdKontroversi Video "Bunny Girl"miHoYo
Previous Post

Akses awal Rogue Spirit akan dilancarkan di Steam pada Ogos ini!

Next Post

Tokyo Ghoul: Bagaimana Kaneki Ken berubah menjadi “One-Eyed Ghoul”! Penjelasan ringkas!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Tokyo Ghoul: Bagaimana Kaneki Ken berubah menjadi “One-Eyed Ghoul”! Penjelasan ringkas!

Tokyo Ghoul: Bagaimana Kaneki Ken berubah menjadi "One-Eyed Ghoul"! Penjelasan ringkas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd