Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show 2026 Umum Giveaway & Barisan Tetamu Terkenal – Acara Tahun Ini Berlangsung 5 Hari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Game, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show 2026 Umum Giveaway & Barisan Tetamu Terkenal – Acara Tahun Ini Berlangsung 5 Hari!
Share on FacebookShare on Twitter

Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) secara rasmi memulakan kiraan detik untuk acara Tokyo Game Show (TGS) 2026.

Tahun ini sangat istimewa kerana TGS bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-30. Bagi memuatkan semua, acara tersebut akan berlangsung selama lima hari berturut-turut; iaitu paling lama dalam sejarah TGS. Acara ini akan diadakan dari 17 hingga 21 September 2026 bertempat di Makuhari Messe, Chiba.

Sebagai pembuka tirai, sebuah video teaser telah dilancarkan hari ini di semua platform media sosial rasmi TGS. Ilustrator popular Zashikiwarashi turut kembali untuk menghasilkan visual utama bagi acara tahun ini.

Menangi Tiket Percuma ke TGS

Merancang untuk terbang ke Jepun pada bulan September ini? TGS sedang menawarkan tiket percuma! Bermula hari ini sehingga 31 Mei, mereka sedang menjalankan kempen giveaway di akaun X (Twitter) rasmi mereka (@tokyo_game_show).

Mereka akan memberikan tiga pasang tiket masuk satu hari untuk Hari Awam. Cara untuk sertainya cukup mudah:

  • Follow akaun X rasmi TGS.
  • Quote-repost posting kempen tersebut dan kongsikan kenangan kegemaran anda tentang TGS atau apa yang paling anda nantikan untuk acara tahun ini.
  • Jika menang, mereka akan menghubungi melalui Direct Message (DM).

/
東京ゲームショウ
30周年記念キャンペーン開催🎉
\#TGS2026 一般公開日ペア招待券を
抽選で3組6名様にプレゼント🎁

🎮参加方法
①@tokyo_game_showをフォロー
②当ポストに引用RPで「#東京ゲームショウ30th」をつけて、期待コメントを投稿

一緒に30周年をお祝いしましょう!

🗓️5/31(日)… pic.twitter.com/A5wM6hXUyu

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) May 12, 2026

Kenali Barisan TGS BOOSTERZ

˗ˋ🔥 TGS BOOSTERZ 第1弾 解禁 🔥ˊ˗

東京ゲームショウの魅力を世界に向けて
情報発信(ブースト)してくれる
BOOSTERZ第1弾を発表🎉

・エラ・フレイヤ(@Eriza_Freya)
・Kayane(@Kayane)
・Junpei Zaki&Taizo Zaki(@junpeizaki @TaizoZaki)
・Shao Dow(@ShaoDowMusic)#TGS2026 #東京ゲームショウ30th pic.twitter.com/RNrIcrwZr2

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) May 12, 2026

Jika tidak dapat terbang ke Jepun, anda tidak akan ketinggalan. Program influencer rasmi “TGS BOOSTERZ” juga kembali untuk livestream acara tersebut.

Sempena ulang tahun yang ke-30, TGS membawa masuk seramai 30 orang content creator dari seluruh dunia. Fasa pertama senarai nama ini baru sahaja diumumkan, dan barisannya memang cukup dikenali:

  • Ella Freya: Influencer kelahiran Belanda yang paling dikenali sebagai model wajah untuk watak Ashley dalam Resident Evil RE:4.
  • Kayane: Pemain profesional legenda untuk fighting game merangkap pengacara TV dari Perancis.
  • Junpei & Taizo Zaki: Pasangan content creator terkenal dari Australia yang mempunyai lebih 25 juta peminat, memfokuskan kepada kandungan gaming, anime, dan IRL challenge.
  • Shao Dow: Penyanyi rap antarabangsa dan penulis manga dari UK yang muziknya pernah ditampilkan dalam game Fortnite, God of War, dan Borderlands 4.

Selain Game Bertaraf Blockbuster

Selain daripada tajuk-tajuk oleh studio-studio utama, TGS 2026 juga akan mengadakan pameran “Selected Indie 80” dan pembentangan “Sense of Wonder Night”. Ini memberikan peluang dan platform antarabangsa yang sangat besar kepada barisan indie developer kecil untuk bersinar di persada global.

Butiran Acara

  • Lokasi: Makuhari Messe (Dewan 1–11) dan TKP Tokyo Bay Makuhari Hall, Chiba, Jepun.
  • Hari Perniagaan (Business Day): 17 September (Khamis) & 18 September (Jumaat) — 10:00 Pagi hingga 5:00 Petang
  • Hari Awam (Public Day): 19 September (Sabtu) hingga 21 September (Isnin, Cuti Umum Jepun) — 9:30 Pagi hingga 5:00 Petang (Akan ditutup pada jam 4:00 Petang pada hari Isnin).

Tags: Tokyo Game Show 2026
ShareTweetSend
Previous Post

[EKSKLUSIF] Membuka Potensi Arena Kompetitif Pokémon Asia – Temu Bual Bersama Jushiro Kitamura Dari The Pokémon Company 

Next Post

Anime Remake ‘The Ghost in the Shell’ Akan Tayang 7 Julai 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Anime Remake ‘The Ghost in the Shell’ Akan Tayang 7 Julai 2026

Anime Remake ‘The Ghost in the Shell’ Akan Tayang 7 Julai 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd