Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show 2025 Melabuhkan Tirai Dengan Lebih 263,000 Pengunjung, Umumkan Acara Lima Hari Untuk 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show 2025 Melabuhkan Tirai Dengan Lebih 263,000 Pengunjung, Umumkan Acara Lima Hari Untuk 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo Game Show 2025 telah melabuhkan tirainya pada hari Ahad selepas berlangsung selama empat hari, menarik kehadiran seramai 263,101 pengunjung ke Makuhari Messe. Pihak penganjur, Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA), mengumumkan angka kehadiran rasmi sejurus selepas acara tersebut berakhir.

||◤        ◥||

  #TGS2025 閉幕!

||◣        ◢||

たくさんのご来場、
ありがとうございました!

2026年は一般公開日が3日間に拡大!!
ビジネスデイと合わせて5日間の開催となります。

来年もぜひ、お越しくださいね✨#東京ゲームショウ2025 pic.twitter.com/TdqUptMqBl

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) September 28, 2025

Walaupun jumlah kehadiran keseluruhan menunjukkan sedikit penurunan berbanding angka 274,739 pada tahun 2024, ia mencatatkan peningkatan yang ketara berbanding 243,238 pengunjung pada tahun 2023. Ini menandakan prestasi kukuh berterusan untuk acara yang diadakan secara bersemuka ini. Hari perniagaan pada 25 dan 26 September tahun ini mencatatkan kehadiran gabungan seramai 107,131, satu peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya, menunjukkan penglibatan industri yang ramai.

Bagi perancangan masa depan, CESA telah membuat satu pengumuman: Tokyo Game Show 2026 akan diadakan dari 17 hingga 21 September 2026, diperluaskan kepada format lima hari buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran acara itu. Pameran ini akan kembali ke lokasi tradisinya di Makuhari Messe.

Bertemakan “Unlimited, Neverending Playground”, pameran tahun ini memecahkan rekod dengan penyertaan 1,136 pempamer dari 47 negara dan rantau. Ruang pameran di Makuhari Messe meriah dengan pelbagai pengumuman dan demo game baharu merentasi pelbagai platform, daripada konsol, peranti pintar, PC, sehinggalah realiti maya. Pameran ini juga menonjolkan skop industri gaming yang semakin meluas, dengan menampilkan pelbagai barangan, perkhidmatan, penyelesaian teknologi dan produk berkaitan.

//#TGS2025
ファミリーゲームパーク🧑‍🧑‍🧒
\\

クリーパーやアストロボットのアストロ、
白ボンと一緒に📸

📍会場マップはこちらからhttps://t.co/ohEtQnl0g3#東京ゲームショウ2025#最上もが@mogatanpe pic.twitter.com/GSg9OKlYrO

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) September 28, 2025

Acara ini turut diisi dengan jadual program pentas yang padat, termasuk Keynote industri, majlis anugerah Japan Game Awards 2025 Future Division yang mengiktiraf judul-judul game yang dinanti-nantikan. Satu siri syarahan khas, “Top Game Creators Academy,” turut diadakan dengan kerjasama Agensi Hal Ehwal Kebudayaan dan Majlis Kesenian Jepun untuk memberi inspirasi dan mendidik generasi pembangun game yang akan datang.

//
日本ゲーム大賞2025「フューチャー部門」
全受賞作品決定🎮✨
\\

東京ゲームショウに出展・展示される
未発売作品の中から、
今後の発売が期待される作品として
全10作品を受賞作品に選考✨

▼詳細はこちらhttps://t.co/lxAihCcDyv#日本ゲーム大賞#TGS2025 #東京ゲームショウ2025

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) September 28, 2025

Aspek perniagaan-ke-perniagaan pameran ini juga berkembang pesat, dengan sistem rasmi Tokyo Game Show Business Matching System telah memudahkan sebanyak 3,591 janji temu perniagaan.

Bagi penonton global yang tidak dapat hadir, pameran ini mengekalkan kehadiran dalam talian yang kukuh. Sebanyak 21 program rasmi telah disiarkan secara langsung menerusi platform seperti YouTube, X (dahulunya Twitter), dan Twitch.

Kehadiran Tokyo Game Show (2023-2025)

 

 

Hari 2025 2024 2023
Hari Perniagaan 1 52,352 42,031 33,706
Hari Perniagaan 2 54,779 45,149 36,109
Hari Umum 1 77,415 97,786 96,033
Hari Umum 2 78,555 89,773 77,390
Jumlah 263,101 274,739 243,238

Untuk maklumat tentang acara, sila layari laman web rasmi atau baca segala liputan kami di sana.

Tags: Tokyo Game Show 2025
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil, Zelda & Monster Hunter Antara Pemenang Japan Game Awards 2025 “Future Division”

Next Post

Gearbox Mendedahkan C4SH, Vault Hunter Terbaharu Borderlands 4 Selepas Pelancaran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Top-Down Mobile Shooter ‘Overwatch Rush’ Memulakan Soft Launch Di Malaysia
Mobile

Game Top-Down Mobile Shooter ‘Overwatch Rush’ Memulakan Soft Launch Di Malaysia

September 4, 2026
Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Next Post
Gearbox Mendedahkan C4SH, Vault Hunter Terbaharu Borderlands 4 Selepas Pelancaran

Gearbox Mendedahkan C4SH, Vault Hunter Terbaharu Borderlands 4 Selepas Pelancaran

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd