Predator League 2024 Malaysia Qualifier – Valorant telah pun berlangsung di KLCC pada hujung minggu yang lalu. Selepas perlawanan sengit antara Todak dan Team Path, Todak berjaya memenanginya dan dinobatkan sebagai juara serta akan mewakili Malaysia ke Predator League 2024 di Manila, Filipina. Kami telah berpeluang untuk menemu ramah Todak selepas berakhirnya acara tersebut. Jadi tanpa membuang masa berikut adalah hasil temu ramah kami bersama mereka!
Ahli pasukan Todak
- Shamir “subbey” Aliff Bin Saifu Zaman
- Fakhrul”jeed” Najeed Bin Idris
- Tarmizi “kael” Bin Rusli
- Muhammad “FrostyZ” Adam Bin Muhamad Nazri
- Muhammad “fragile” Aeiman Salleh Bin Hanapi
Bagaimana perasaan anda semua setelah memenangi kelayakan Malaysia untuk Asia Pacific Predator League 2024?
Subbey: Kami pastinya berasa sangat gembira dan sangat sangat bersyukur kerana kami berjaya memenangi kejohanan ini dan kami juga menempah slot kami ke Manila, Filipina. Selepas menghabiskan berjam-jam berlatih sepanjang dua minggu ini sangat padat dan akhirnya ia membuahkan hasil. Kami bersyukur untuk itu, terima kasih banyak-banyak.
Apa perasaan anda melihat pihak lawan berjaya comeback daripada 4:10 sehingga mendapatkan mata seri 12:12?
Subbey: Mereka mengejar mata dengan cepat, daripada 5:12 menjadi 12:12, menjadi 13:12 hingga 13:13, 14:13. Ia adalah bencana tetapi saya fikir pada akhirnya, kami merasakan kami mula bermain untuk tidak kalah dan bukannya bermain untuk menang. Ya itu dua jenis yang berbeza, dan kemudian pemain saya berasa seperti mereka tidak boleh kalah dalam pusingan tertentu ini, tidak mengapa jika kita kalah, ada banyak lagi pusingan yang boleh kita usahakan. Tetapi selepas kami berjaya memecahkan mental block, kami akhirnya berjaya melaluinya dan menang.
Negara mana yang anda tidak sabar untuk lawan di Manila tahun depan?
Subbey: Kami sudah tentu mahu berjumpa Thailand, Indonesia, Singapura. Kami sangat-sangat teruja untuk kesemuanya.
Adakah anda rasa Deadlock akan dipilih untuk Kejohanan Profesional?
Subbey: Saya fikir Deadlock akan menjadi sangat sesuai (untuk kejohanan profesional). Apabila Deadlock menjadi meta, saya fikir ia adalah pengganti yang baik untuk Cypher di Split sebagai contoh. Saya rasa Deadlock boleh mengintai di A Main, kemudian menembusi dinding dan juga boleh anchor dengan sangat baik. Itu apa yang saya fikir, tetapi saya rasa RIOT perlu buff sedikit, tetapi buat masa ini tinggal sebulan sahaja.
Anchor: Pemain terakhir untuk rotate ke site lain, jika pasukan lawan menyerang di bahagian lain peta.
Memandangkan ada beta untuk versi mobile Valorant di China, apakah pendapat anda mengenainya?
FrostyZ: Sangat teruk, secara umumnya, saya sangat tidak suka pada game mobile. Jadi apabila Valorant berbuat sedemikian … Ia mencuri penonton kami dan segala-galanya, itu sahaja.
Subbey: Dalam kurungan saya fikir ia akan menjadi besar, terutamanya dalam adegan mobile tetapi jika ia menjadi sesuatu yang besar, kami semua mungkin hanya mencubanya. (Mereka tidak cuba, saya mungkin cuba)
Ramai yang kata posisi crosshair adalah satu-satunya perkara yang anda perlukan untuk menjadi baik, apakah pendapat anda mengenainya?
Subbey: Terdapat banyak perkara sebenarnya yang anda perlu mahir seperti game sense, masa yang anda perlukan dalam game dan komunikasi. Posisi Crosshair adalah salah satu perkara utama tetapi akan ada lebih banyak faktor utama, bukan itu sahaja.
Ada mesej yang anda ingin sampaikan sebagai wakil Malaysia untuk Asia Pacific Predator League 2024?
Fragile: Kami tidak sabar untuk berikan anda semua cabaran, cuma kami nak kata ‘Todak is ready to Langgar’, Kami semua bersedia!
Subbey: Sebenarnya kami sudah bersedia untuk apa-apa sahaja, tetapi kami berharap ini tidak akan menjadi perkara yang sama seperti Sukan SEA, semua orang sakit tetapi semoga kami berjaya kali ini.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Terima kasih banyak-banyak kepada pasukan Todak kerana sudi menjawab soalan-soalan kami. Selamat maju jaya di Predator League 2024 nanti!
Untuk baca segala liputan kami tentang Predator League, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post