Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jangan main Counter-Strike 2 di Windows 7! Boleh kena BAN!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2023
in Artikel, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Jangan main Counter-Strike 2 di Windows 7! Boleh kena BAN!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pelancaran Counter-Strike 2 (CS2) pada 27 September, game ini telah mendominasi carta Steam, dan setakat sekarang telah meraih maksimum lebih 1.3 juta pemain. Walaupun ramai dapat bermain Counter-Strike 2 tanpa masalah, ramai juga yang meluahkan kebimbangan mereka termasuk isu prestasi, ralat, dan kemungkinan dikenakan Ban tanpa sebab jika bermain di sistem operasi lama.

Kredit: Valve

Bagi mereka yang tidak tahu, CS2 sebenarnya penuh dengan ciri-ciri dan ralat buruk yang memberi kesan kepada pemain, jadi jelas sekali game ini tidak mempunyai pelancaran yang sangat lancar. Kini, ramai pemain nampaknya melaporkan di internet bahawa mereka telah diharamkan daripada gameitu, mungkin kerana bermain pada sistem operasi Windows 7.

Pemain-pemain Counter-Strike 2 berkongsi pengalaman mereka di forum Reddit dan Steam, dan melaporkan bahawa mereka dikenakan Ban atas sebab yang merepek. Isu ini nampaknya berkaitan secara khusus dengan CS2, kerana pemain yang bermain CS lama pada Windows 7 tidak mengalami sebarang masalah.

Kredit: Valve

Menurut Hardware and Software Survey terbaharu di Steam, hanya 0.08% pemain sahaja menggunakan Windows 7, jadi ini adalah kelompok pemain yang agak kecil. Walaupun impaknya nampak kecil, tetapi itu pun bukan alasan untuk menghalang pemain daripada mencuba game kegemaran mereka.

Ramai pengguna Windows 7 kini diharamkan dalam Counter-Strike 2 tetapi bertindak pantas dan majoriti telah menghubungi Valve untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal itu. Malangnya, mereka masih belum menerima maklum balas. Komuniti kini menggesa pemain yang mempunyai kes serupa untuk tampil ke hadapan dan meminta Valve untuk menyiasat dan membetulkan isu ini.

Kredit: Valve

Sehingga isu ini dibetulkan, saya mengesyorkan pemain yang menggunakan Windows 7 untuk tidak bermain CS2 buat masa ini supaya dapat mengelakkan akaun mereka daripada diharamkan secara secara tiba-tiba.

Tags: BanCounter-Strike 2steamWindows 7
ShareTweetSend
Previous Post

UNIQLO Bawakan 4 Design Baharu UT Attack on Titan ke Malaysia Oktober Ini!

Next Post

“Todak is ready to Langgar” — Interview Bersama Todak, Wakil Valorant Malaysia untuk Predator League 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Todak is ready to Langgar” — Interview Bersama Todak, Wakil Valorant Malaysia untuk Predator League 2024!

"Todak is ready to Langgar" -- Interview Bersama Todak, Wakil Valorant Malaysia untuk Predator League 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd