Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kini Pengguna Streamyx Berpeluang menggunakan Unifi Lite bermula September ini!

Serta pengumuman Aplikasi Myunifi didalam Acara #khabarbaik!

Nyny.A by Nyny.A
August 6, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Produk
0 0
0
Kini Pengguna Streamyx Berpeluang menggunakan Unifi Lite bermula September ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebentar tadi baru sahaja selesai acara #khabarbaik dari Telekom Malaysia Berhad (TM) di TM Convention Centre, dan beberapa pengumuman berita baik buat kesemua pengguna dan pelanggan Streamyx terutamanya dan juga Unifi. Yang juga hadir di acara #khabarbaik unifi termasuk Pengerusi TM – Tuan Haji Rosli Man; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan – Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin; Ketua Pegawai Operasi – Imri Mokhtar;Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi-Safiyya Rusli dan beberapa barisan tertinggi pengurusan unifi yang lain.

Kembali semula kepada pengumuman unifi sebentar tadi, mereka telah memperkenalkan Unifi Air (perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi wayarles) terkini sebagai salah satu penyelesaian bagi mempertingkatkan pengelaman penggunaan internet buat pelanggan Streamyx yang sedia ada dan tinggal dikawasan liputan LTE. Juga, unifi mengenalkan Unifi Lite yang tersedia bermula September 2019 ini kepada pelanggan sedia ada Streamyx untuk mengakses internet yang lebih pantas.

Unifi Air akan ditawarkan dengan harga serendah RM79 sebulan. Manakala unifi Lite pada harga yang lebih rendah iaitu RM69 sebulan yang hanya disediakan kepada pelanggan Streamyx sedia ada yang berada di luar kawasan liputan fiber dan LTE supaya dapat menikmati rangkaian internet unifi. Bantuan terus dari rumah ke rumah secara percuma untuk membawa unifi Lite ini bermula Oktober ini di Shah Alam, Bangsar/Pantai Dalam, Johor Bahru, Butterworth dan Georgetown.

Ciri-ciri Unifi Air:

  • Pelan yang direka khas kepada pelanggan Streamyx yang sedia ada;
  • Didatangkan dengan modem pasang dan wayarles (plug-and-play wireless modem);
  • Kelajuan purata 20Mbps;
  • Lebih 35,000 kediaman di 28 kawasan LTE seluruh negara dapat menikmati perkhidmatan ini;
  • Menghubung sehingga 64 peranti;
  • Tiada barang pendahuluan;
  • Kuota Tanpa Had;
  • Harga bermula RM79 sahaja

Ciri-ciri Unifi Lite:

  • Untuk pelanggan Streamyx sedia ada yang tinggal di luar kawasan liputan fiber dan LTE;
  • Pelan yang murah hanya RM69 sebulan dan tersedia kepada pelanggan sedia ada unifi Lite;
  • Bil pertama bermula September 2019;
  • Kelajuan sehingga 8Mbps dengan harga RM89 sebulan.

Selain pengenalan kedua produk terbaru ini, unifi turut mengumumkan aplikasi baru iaitu myunifi. Aplikasi ini adalah untuk kesemua pelanggan menguruskan akaun unifi mereka dengan cara yang lebih mudah.

Ciri-ciri yang ada dalam aplikasi myunifi;

  • Pengurusan akaun unifi lebih mudah;
  • Pemasangan serta bantuan sokongan ‘live chat’ 24 jam;
  • Bantuan yang akan hadir dalam masa 2jam;
  • Kemudahan pembayaran lebih mudah;
  • Fungsi ‘Digitalme’ didalam aplikasi – ciri keselamatan untuk log masuk dalam aplikasi dan laman web unify.com.my;
  • Boleh dimuat turun di Google Play dan iOS.

Anda boleh melayari laman web rasmi Unifi untuk lebih lanjut mengenai tawaran serta maklumat terkini mereka.

Tags: myunifiTelekom MalaysiaTMUnifiUnifi AirUnifi Lite
Previous Post

5 Watak Anime yang Terlalu Kuat sampai Tak Masuk Akal!

Next Post

Tiga Streamer Lokal yang Gempak dan boleh masuk Senarai Tontonan Anda bulan ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Tiga Streamer Lokal yang Gempak dan boleh masuk Senarai Tontonan Anda bulan ini!

Tiga Streamer Lokal yang Gempak dan boleh masuk Senarai Tontonan Anda bulan ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd