Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tidak ditelan arus teknologi, PS4 relevan sehingga 2023” – Pendapat GS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 24, 2021
in Artikel, Berita, Pendapat, PS4, PS5, Teknologi, Tinjauan & analisis
0 0
0
“Tidak ditelan arus teknologi, PS4 relevan sehingga 2023” – Pendapat GS!
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol gaming generasi baru telah bermula dengan pelancaran PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pada hujung tahun 2020 di mana pelbagai game bertaraf AAA seperti Returnal dan Forza Horizon 5 memberi sekilas pandang kepada masa depan permainan video yang semakin canggih. Walaupun begitu, fokus utama saya dalam artikel ini ialah PlayStation 4 atau nama pendeknya PS4 yang sebenarnya tidak ditelan arus teknologi, dan masih mampu menjalankan game eksklusif supaya kekal relevan sehingga tahun 2023 (pendapat saya).

PS4 Pro | Faster, more powerful & with 4K gaming | PlayStation (US)

Secara amnya, daya tahan sebuah konsol PlayStation adalah kira-kira 6 hingga 7 tahun di mana PS2 bertahan dari 2000-2006, dan PS3 dari 2006 hingga 2013. Walaupun konsol-konsol ini masih menerima sokongan pada tahun-tahun berikutnya, kita boleh lihat kualiti dan jumlahnya semakin berkurangan seiring dengan keperluan zaman. Alasan utama adalah kerana teknologi tidak cukup “kuat” untuk menjalankan game baru di PS2 dan PS3.

PS5 could be backwards compatible with PS1, PS2 and PS3 | Laptop Mag

Untuk PS4 dan PS5 pula, jurang teknologi ini tidaklah begitu jauh berbanding versi dahulu. Walaupun dikeluarkan pada tahun 2013, PS4 telah membuktikan ia mampu uruskan game eksklusif terkini seperti The Last of Us 2 dan Ghost of Tsushima yang kelihatan hampir sama cantik dengan PS5.

Horizon: Forbidden West merupakan game eksklusif seterusnya, yang akan dikeluarkan pada Februari 2022. Disahkan akan hadir ke PS4 dan PS5, ini merupakan berita baik untuk pemilik konsol lama tetapi ada juga yang bimbang sejauh mana teknologi PS4 boleh uruskan Forbidden West. Nasib baiklah developer Guerilla Games tampil dengan screenshot PS4 untuk menyakinkan hati pengguna yang bergelora.

We've showed you a lot of footage of #HorizonForbiddenWest on PS5 so far, but the game also looks – and plays – stunning on the PlayStation 4! pic.twitter.com/BuVga90W5L

— Guerrilla (@Guerrilla) December 15, 2021

Screenshot PS4 di atas, walaupun tidak terperinci seperti PS5, masih sangat mengagumkan dan menunjukkan prestasi visual yang saya rasa ramai akan berpuas hati untuk pengguna yang belum berpindah ke konsol generasi seterusnya.

Dari spesifikasi teknikal, memang tidak boleh menafikan bahawa Sony telah meningkatkan keupayaan PS5 di semua bahagian dengan menambahkan perkakasan SSD dan CPU yang lebih cekap dan pantas, sokongan fitur “haptic feedback dan adaptive trigger”, resolusi hingga 8K, dan lain-lain. Bukan nak kata PS4 terus tiada guna, tapi ini hanya bermakna pengalaman kita tidaklah begitu immersive dan pemain perlu menunggu sedikit lebih lama semasa loading screen semasa bermain. Hakikatnya, PS4 masih relevan dari segi visual dan teknikal.

Sony juga mengesahkan bahawa God of War: Ragnarok dan Gran Turismo 7 akan dikeluarkan untuk kedua-dua PS4 dan PS5. Jika jangkaan saya betul, Sony akan terus menyokong PS4 sehingga tahun 2023 menurut sumber ini supaya kekal relevan. Buat masa ini, tidak banyak studio yang tahu cara-cara sebenar untuk memanfaatkan kelebihan konsol generasi seterusnya. Sehinggalah hari itu tiba, PS4 akan terus kekal relevan dalam arus teknologi moden.

Untuk segala berita kami tentang PS4, sila tekan pautan ini.

Tags: PlayStation 4PS4ps5relevanSonyTeknologi
Previous Post

Vampyr – Game percuma untuk dituntut di Epic Games Store! Hari ini sahaja tau!

Next Post

[Review] ASUS Vivobook Pro 16X OLED – Laptop mantap untuk pencipta kandungan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Review] ASUS Vivobook Pro 16X OLED –  Laptop mantap untuk pencipta kandungan!

[Review] ASUS Vivobook Pro 16X OLED - Laptop mantap untuk pencipta kandungan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd