Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

THQ Nordic Digital Showcase akan berlangsung 12 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 20, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Livestream
0 0
0
THQ Nordic Digital Showcase akan berlangsung 12 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun baharu, acara baharu! THQ Nordic Digital Showcase akan kembali sekali lagi pada 2023 dan bakal disiarkan pada hari Sabtu, 12 Ogos 2023 jam 3:00 PG (GMT+8) mengikut tarikh Malaysia. Boleh ditonton di YouTube, Twitch dan Steam, acara itu akan bermula dengan pre-show oleh HandyGames untuk mempamerkan sedikit tentang projek akan datang mereka, kemudian diteruskan dengan pameran THQ Nordic yang menyampaikan pelbagai pengumuman tentang permainan baharu dan projek semasa.

Bak kata THQ Nordic:

“Pameran tahun ini bukan sahaja termasuk pengumuman perdana di seluruh dunia tetapi juga kemas kini dan pendedahan untuk game yang diumumkan sebelum ini.”

Di bawah adalah halaman rasmi THQ Nordic untuk menonton Digital Showcase:

  • YouTube: https://thqn.net/thqn2023-yt
  • Twitch: https://www.twitch.tv/thqnordic
  • Steam: https://store.steampowered.com/publisher/THQNordic

Jadi apa yang bakal diumumkan? Saya pun kurang pasti tetapi game yang disahkan akan muncul pada acara itu termasuk Alone in the Dark, Outcast 2 dan Trine 5. Antara ketiga-tiga game ini, sudah tentu saya paling tidak sabar untuk melihat perkembangan Alone in the Dark.

Merupakan sorotan di pameran digital THQ Nordic pada tahun lepas, Alone in the Dark terbaharu merupakan reboot gen semasa bagi francais seram klasik tersebut. Dikenali sebagai game seram single-player, projek reboot ini telah dibangunkan selama lima tahun di studio Pieces Interactive, di mana Mikael Hedberg (Amnesia, SOMA) bertanggungjawab sebagai pengarah dan menulis skrip bagi game manakala reka bentuk raksasa dihasilkan oleh Guy Davis (Evolve, Pacific Rim).

Anda boleh baca artikel lama kami tentang Alone in the Dark di SINI. Selain itu, anda juga boleh baca segala liputan kami tentang THQ Nordic di SINI.

Tags: THQ NordicTHQ Nordic Digital Showcase
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Lancarkan Predator Orion X, Predator X34 V & Nitro XZ452CU V!

Next Post

ASUS Zenbook S 13 OLED – Laptop OLED yang nipis 1 cm, harga bermula RM4,999

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ASUS Zenbook S 13 OLED – Laptop OLED yang nipis 1 cm, harga bermula RM4,999

ASUS Zenbook S 13 OLED – Laptop OLED yang nipis 1 cm, harga bermula RM4,999

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd