Bersempena dengan acara Next@Acer yang diadakan di Taipei, Acer telah melancarkan pelbagai produk baru termasuk barisan gaming seperti Predator Orion X, Predator X34 V dan Acer Nitro XZ452CU V. Jom kita lihat satu per satu produk yang mereka lancarkan hari ini.
Predator Orion X

Ia merupakan sebuah desktop yang dilengkapi dengan Intel Core i9-13900KS dan NVIDIA GeForce RTX 4090 24GB dalam bentuk NVIDIA Ada Lovelace. Bukan setakat itu sahaja, ia juga menggunakan liquid cooler untuk memastikan desktop ini sentiasa berada di dalam keadaan yang optimum tidak kira apa keadaan sekali pun.
Predator Orion X didatangkan dengan hanya 9KG sahaja di mana ia terbahagi kepada 3 zon iaitu pertama adalah bahagian yang direka khas untuk CPU, PSU dan SSD manakala zon kedua adalah bahagian VGA dan slot 2.5-inci SATA HDD. Zon ke-3 adalah bahagian pengaliran udara bersama 240mm CPU liquid cooler.

Selain itu, mereka juga telah memuatkan sehingga 32GB DDR5 RAM dan 2x M.2 SSD sehingga 1TB. Anda juga diberikan kebebasan untuk menukar SSD jika perlu untuk upgrade pada masa akan datang. Ia juga dilengkapi dengan PredatorSense 4.0 untuk anda mengubah suai lampu RGB atau memantau desktop anda.
Predator X34 V

Ini adalah sebuah monitor gaming yang didatangkan dengan paparan OLED UWQHD (3440 x 1440), VESA DisplayHDR TrueBlack 400 dan DCI-P3 99% color gamut. Memandangkan ianya adalah monitor curve, ia dilengkapi dengan lengkungan 1800R dan 21:9 ratio untuk pemain menggunakan dengan sudut pandangan yang luas.
Monitor ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 34-inci dan 175HZ refresh rate dan 0.1ms response time (G to G) untuk memastikan pemain dapat pengalaman yang syok tanpa “ghosting”. Bersama dengan refresh rate yang tinggi, ia juga dipasangkan dengan AMD FreeSync Premium dan VRR (Variable Refresh Rate) supaya pemain dapat bermain dengan tidak mempunyai screen tearing.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan BlueLightShield Pro, Flickerless, Low-dimming, ComfyView dan Eyesafe 2.0 certification.
Nitro XZ452CU V

Ia adalah curved monitor yang didatangkan dengan saiz skrin sebesar 44.5 inci dan lengkungan 1500R. Nisbah monitor ini adalah 32:9 ultrawide (5120 x 1440) bersama refresh rate sehingga 165Hz dan AMD FreeSync Premium Pro.
Selain itu, Nitro XZ452CU V didatangkan dengan sokongan sehingga 90% DCI-P3 dean VESA DisplayHDR 400. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga memberikan kelebihan lain seperti BlueLightShield Pro, Flickerless dan low-dimming dan teknologi ComfyView bersama Eyesafe 2.0.

Buat masa sekarang, Acer masih tidak mendedahkan tentang ketersediaan dan harga produk Predator Orion X, Predator X34 V dan Nitro XZ452CU V di Malaysia. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post