Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The World Is Dancing – Anime Bertema Noh Bakal Ditayangkan Julai 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
The World Is Dancing – Anime Bertema Noh Bakal Ditayangkan Julai 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah anime berdasarkan manga The World Is Dancing karya Kazuto Mihara tentang pencipta teater Noh akan ditayangkan pada Julai 2026.

“The World Is Dancing,” hasil kerjasama penerbitan CyberAgent dan Shochiku, menghidupkan kisah Zeami (yang dikenali sebagai Oniyasha semasa mudanya); tokoh yang membentuk salah satu seni persembahan tradisional Jepun yang paling lama sejak lebih 600 tahun lalu.

Projek ini telah mengeluarkan teaser trailer terbaru bersama pengumuman pelakon baharu dan ilustrasi khas yang dilukis sendiri oleh Mihara. Siri ini diarahkan oleh Toshimasa Kuroyanagi, yang terkenal dengan karyanya dalam “The Great Passage” dan “Backflip!!,” dengan animasi oleh CygamesPictures.

The World Is Dancing mengisahkan Oniyasha, seorang budak lelaki yang bersifat peka dan memiliki rupa paras yang sangat menawan. Dia dilahirkan dalam keluarga penghibur sarugaku pada tahun 1374.

Walaupun merupakan anak kepada Kan’ami, ketua rombongan teater Kanze, Oniyasha mempersoalkan asas seni keluarganya: Mengapa manusia menari?

Yumiri Hanamori, yang terkenal dengan peranan seperti Nadeshiko dalam “Laid-Back Camp” dan Sagiri dalam “Hell’s Paradise,” memegang watak Oniyasha.

Katsuyuki Konishi pula membawakan watak Kan’ami, ayah Oniyasha dan penggerak utama rombongan Kanze. Shimba Tsuchiya berlakon sebagai Yukimaru, ahli rombongan Kanze yang benar-benar memahami Oniyasha.

Barisan pelakon juga termasuk Maaya Uchida sebagai Kogane, rakan Oniyasha yang kasar tetapi diam-diam menyimpan minat terhadap tarian; Romi Park sebagai Zojiro, ketua muda yang tegas bagi rombongan pesaing Dengaku Shinza; dan Haruki Ishiya sebagai Junigoro, perantis muda yang serius dalam rombongan Kanze.

Tags: The World Is Dancing
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Ultra Impact Bakal Ditamatkan Pada 18 Mei Selepas Tiga Tahun Beroperasi!

Next Post

Reviu Xiaomi Pad 8 Pro – Tablet Nipis Hebat Untuk Kerja & Gaming!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Reviu Xiaomi Pad 8 Pro – Tablet Nipis Hebat Untuk Kerja & Gaming!

Reviu Xiaomi Pad 8 Pro - Tablet Nipis Hebat Untuk Kerja & Gaming!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd