Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Sims 4 bawa anda alami zaman sekolah remaja dengan DLC baru – High School Years!

Maira by Maira
July 1, 2022
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game, Origin, PC, PS4, PS5, Simulator, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The Sims 4 bawa anda alami zaman sekolah remaja dengan DLC baru – High School Years!
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts dan Maxis telah mengumumkan pengembangan terbaru iaitu The Sims 4 High School Years , yang memberikan peluang kepada pemain untuk menempa perjalanan tersendiri semasa zaman remaja. Zaman sekolah menengah merupakan masa di mana ramai mula meneroka diri dan dalam High School Years, pemain boleh merealisasikan impian sekolah menengah mereka sambil memanfaatkan sepenuhnya zaman remaja, meneroka identiti, menghadiri kelas dan diuji melalui pilihan.

“The Sims 4 High School Years membawa pemain dalam perjalanan untuk menceritakan kisah peribadi tentang penemuan diri dan drama sebagai seorang remaja,” kata George Pigula, Penerbit Utama The Sims 4 High School Years. “Sims akan belajar menyesuaikan diri dengan acara sekolah dan ekstrakurikuler, membentuk rakan seumur hidup, dan mengalami detik-detik besar seperti prom. Mereka juga boleh mengembangkan fesyen mereka sendiri melalui aplikasi Trendi dengan rekaan pakaian oleh penjual Depop. Sekolah menengah adalah masa yang sangat formatif, dan kami mahu memberi pemain peluang untuk mencipta dan menyesuaikan pengalaman sekolah menengah mereka sendiri sebelum Sims mereka mencapai usia dewasa.

Keupayaan untuk bercerita – apa-apa cerita – adalah teras kepada perkara yang The Sims lakukan. The Sims mempunyai sejarah panjang yang memberikan orang untuk menemui dan meneroka versi mereka yang berbeza, bereksperimen dengan Sim yang mereka cipta, cerita yang mereka sampaikan dan dunia yang mereka bina. Dalam High School Years, pemain boleh mencipta pengalaman mereka sendiri dalam dunia baru Copperdale di sekolah, selepas sekolah dan pada hujung minggu. Sim remaja akan belajar dan membesar, mengekspresikan diri mereka sendiri dan mengubah perjalanan hidup sepanjang zaman remaja.

Untuk pek pengembangan High School Years, The Sims bekerjasama dengan aplikasi pasaran fesyen, Depop: tempat generasi seterusnya datang untuk menemui item unik. Fesyen sentiasa menjadi sebahagian besar dalam mengekspresikan diri dalam The Sims, dan kerjasama itu berkembang pada penampilan fesyen game, kerana Sims boleh mencipta gaya mereka sendiri dan menetapkan trend untuk diikuti oleh orang lain. Sims boleh membeli pakaian yang direka oleh penjual Depop dunia sebenar Jeremy Salazar, Sha’an D’Antes, Lapoze McTribouy, Selena Williams dan Bella McFadden dalam game di kedai barang kemas tempatan dan tempat melepak boba, ThrifTea. Inilah masanya untuk tampil dengan penambilan hebat dan peroleh Simoleoon dengan menjual pakaian pada aplikasi Trendi dalam game baru – dan menjadi “Simfluencer”.

Selain menghadiri kelas dan menyertai aktiviti ekstrakurikuler di Copperdale High School, Sims boleh pergi temu janji di Plumbite Pier, atau menghirup boba sambil berjimat cermat di ThrifTea. Pemain juga boleh menyesuaikan pengalaman prom Sim mereka, daripada proposal hingga pemilihan pakaian prom yang sempurna dan bersiap sedia untuk acara besar. Jadi Sims boleh menari sepanjang malam bersama rakan-rakan. Terdapat begitu banyak yang perlu dilakukan sebagai seorang remaja dan begitu sedikit masa sebelum tamat pengajian!

The Sims 4 High School Years Expansion Pack akan tersedia pada 28 Julai di PC dan Mac melalui Origin dan Steam pada harga RM 139. Ia juga akan tersedia di PS4, Xbox Series X|S dan Xbox One dengan harga masing-masing. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game melalui laman web rasmi atau ikuti akaun media sosial dibawah:

  • Twitter
  • Instagram
  • Facebook
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: eathe sims 4The Sims 4 High School Years
Previous Post

[Review] MX vs ATV Legends – Perlumbaan off-road yang menyeronokkan!

Next Post

Bandai Summer Sale kini bermula di Steam, potongan sehingga 90%

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Bandai Summer Sale kini bermula di Steam, potongan sehingga 90%

Bandai Summer Sale kini bermula di Steam, potongan sehingga 90%

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd