2K and Supermassive Games telah mengumumkan The Quarry, game naratif seram remaja yang serba baru di mana setiap pilihan anda, tidak kiralah besar atau kecil, akan membentuk cerita anda dan menentukan siapa yang hidup untuk menceritakan kisah itu nanti. The Quarry akan dilancarkan pada 10 Jun 2022 dan akan tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Windows PC melalui Steam. Anda sudah boleh melakukan pra-pesan bermula hari ini.
Game ini menampilkan barisan pelakon ikonik dan selebriti Hollywood, termasuklah David Arquette (francais “Scream”), Ariel Winter (“Modern Family”), Justice Smith (“Jurassic World”), Brenda Song (“Dollface”), Lance Henriksen ( “Aliens”), Lin Shaye (“A Nightmare on Elm Street”), dan banyak lagi.
Tentang The Quarry
Ketika matahari terbenam pada hari terakhir perkhemahan musim panas, kaunselor remaja Hackett’s Quarry mengadakan parti untuk meraikannya. Tiada kanak-kanak. Tiada orang dewasa. Tiada peraturan.
Tetapi keadaan dengan pantas menjadi buruk.
Diburu oleh penduduk tempatan yang berlumuran darah dan sesuatu yang jauh lebih jahat, rancangan parti remaja itu menjadi malam ngeri yang tidak dapat diramalkan. Rasa mesra dan godaan memberi jalan kepada keputusan hidup atau mati, apabila hubungan dibina dan putus di bawah tekanan yang tidak dapat dibayangkan.
Bermain sebagai setiap sembilan kaunselor kem dalam kisah sinematik yang mendebarkan, di mana setiap pilihan membentuk cerita unik anda daripada rangkaian pilihan. Mana-mana watak boleh menjadi bintang – atau mati sebelum hari siang tiba. Bagaimanakah kisah anda akan terungkap?
Ciri-ciri utama The Quarry termasuklah:
- KISAH ANDA, TAKDIR MEREKA
- Adakah anda berani untuk memeriksa apa yang ada di sebalik pintu perangkap itu? Adakah anda akan menyiasat jeritan yang bergema dari dalam hutan? Adakah anda akan menyelamatkan rakan anda atau berputus asa untuk menyelamatkan nyawa anda? Setiap pilihan, besar atau kecil, membentuk cerita anda dan menentukan siapa yang hidup untuk menceritakan kisah itu;
- PENGALAMAN SINEMATIK MEMUKAU
- Teknik tangkapan muka dan pencahayaan filem yang canggih, digabungkan dengan persembahan luar biasa daripada barisan pelakon Hollywood yang ikonik, menghidupkan kengerian Hackett’s Quarry dalam debaran sinematik yang hebat;
- NIKMATI KESERAMAN BERSAMA KAWAN
- Letakkan kepercayaan anda kepada sehingga tujuh rakan dalam game secara dalam talian, tempat pemain yang dijemput untuk menonton bersama dan mengundi keputusan penting, mencipta cerita yang dibentuk oleh seluruh kumpulan! Atau, bermain bersama di mana setiap pemain memilih kaunselor dan mengawal tindakan mereka;
- SESUAIKAN PENGALAMAN ANDA SENDIRI
- Kesukaran boleh laras untuk semua elemen gameplay membolehkan pemain dari mana-mana tahap kemahiran menikmati kisah seram. Dan jika anda lebih suka menonton daripada bermain, Mod Filem membolehkan anda menikmati The Quarry sebagai filem thriller sinematik yang layak untuk parti. Pilih cara anda mahu cerita itu terungkap sambil memakan popcorn di antara semua jeritan!
Anda boleh lawati laman rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game seram, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post