Game edisi digital The Long Dark, akan kua dalam bentuk fizikal aka disc (bukan disket eh) September ni, seperti yang diannounce oleh Hinterland Studio. Skang ni edisi digital ada kat PS4, Xbox One dan PC.
Game ni akan diterbitkan oleh Skybound Games.
Game ni cite pasal survival (missing keyword: horror). So, buang siap-siap dalam kepala korang zombie-zombie semua tu. Bayangkan korang terkandas kat hutan bersalji, dengan bekalan yang sangat sikit, dan duduk sorang-sorang. Matlamat utama: nak teruskan hidup. So mulakan permainan…ada la storyline dia yang korang akan lalui tapi basically survival ni la tarikan utama game ni.
Dalam Survival Mode, korang akan dicabar untuk berfikir sendiri, game ni tak offer solution, korang cari hint pastu fikir la sendiri. Mati dalam mode ni jawabnya save game semua burn. Start balik ye.
Lagi yang menarik dalam mode ni adalah kalori dan condition, kena jaga lapar dahaga dan kesejukan. Setiap pilihan akan makan kalori. Kena balance betul-betul kalau nak survive. Nak puasa sunat boleh gak..kena tau hari Isnin atau Khamis dalam game. Tapi tak dapat pahala la (LOL)
Korang leh tengok sendiri overview game ni dari Steam page diorang.
@gamersantaimy
Discussion about this post