Siri live-action ‘The Last of Us‘ adalah salah satu kejutan terbesar pada tahun lepas selepas sambutan yang sangat positif di kalangan penonton, hingga ada yang menganggap ia menetapkan standard baharu untuk adaptasi permainan video ke media lain. Selepas musim kedua disahkan, tidak banyak yang didedahkan selepas itu. Namun hari ini, HBO Max akhirnya mengeluarkan teaser pertama untuk The Last of Us Season 2 termasuk tarikh tayangan rasmi.
Seperti yang anda dapat melihat, teaser ini menunjukkan kesinambungan pengembaraan Joel dan Ellie. Walaupun pendek, kita masih dapat melihat beberapa adegan ikonik daripada The Last of Us Part 2.
Di penghujung teaser ini, kita dapat melihat tarikh keluaran rasmi, yang menunjukkan bahawa The Last of Us Season 2 akan tiba pada 2025. Walaupun tidak menunjukkan tarikh tepat, sekurang-kurangnya kita tahu siri ini akan kembali pada tahun depan.
Berdasarkan francais game popular oleh Naughty Dog, siri ini ditetapkan 20 tahun selepas pandemik yang disebabkan oleh jangkitan kulat besar-besaran, yang menyebabkan manusia berubah menjadi makhluk seperti zombie.
Musim kedua adalah berdasarkan game The Last of Us Part II pada 2020, yang menceritakan apa yang berlaku kepada Joel (Pedro Pascal) dan Ellie (Bella Ramsey) selepas musim pertama, serta memperkenalkan Abby (Kaitlyn Dever), watak baharu yang bakal memainkan peranan sangat penting.
Selain mereka bertiga, musim kedua turut dibintangi oleh Isabela Merced sebagai Dina, Young Mazino sebagai Jesse, Danny Ramirez sebagai Manny, Ariela Barer sebagai Mel, Tati Gabrielle sebagai Nora, Jeffrey Wright sebagai Isaac Dixon, dan Catherine O’Hara sebagai watak original yang belum didedahkan.
Musim kedua dijangka mempunyai sebanyak 7 episod. Craig Mazin sekali lagi berkhidmat sebagai showrunner dengan Neil Druckmann (pencipta bersama francais) untuk The Last of Us Season 2, yang hanya akan ditayangkan secara eksklusif di HBO.
@gamersantaimy
Discussion about this post