Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga My Hero Academia Akhirnya Tamat, Baca Bab Terakhir Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga My Hero Academia Akhirnya Tamat, Baca Bab Terakhir Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 10 tahun dan lebih 400 bab, manga My Hero Academia ciptaan Kohei Horikoshi akhirnya telah berakhir. Semalam, My Hero Academia menerbitkan bab 430 yang merupakan babak terakhir dalam siri secara keseluruhan.

The series finale is HERE! This is the tale of how they became great heroes!

Read My Hero Academia, Ch. 430 in Shonen Jump for free! https://t.co/0ywpipTyl1 pic.twitter.com/14SzzrsL4H

— Shonen Jump (@shonenjump) August 4, 2024

Anda boleh membaca bab terakhir melalui aplikasi atau laman web Manga Plus – yang menutup fasa epilog manga dengan penuh emosi. Pembaca bukan sahaja mendapat lihat akibat selepas pertarungan terakhir sekolah menengah, malah sebuah time-skip selama 8 tahun telah membawa pembaca ke masa hadapan.

Kredit: Shueisha

Melalui time-skip ini, peminat dapat melihat bagaimana generasi Deku menjadi hero paling terkemuka dunia. Daripada All Might ke Bakugo dan Mirio, seluruh rakan-rakaknya muncul dalam bab terakhir ini, dan menjelaskan segala yang terjadi, serta menutup apa-apa plot yang masih tergantung.

Sebagai mesej terakhir, pencipta Kohei Horikoshi berkongsi mesej yang pendek tetapi sungguh bermakna – “Saya sangat gembira dapat menyertai Jump! Saya sangat gembira untuk semua orang yang membaca siri saya. Terima kasih banyak-banyak!”

Kredit: Shueisha

Untuk memperingati penamat ini, artis-artis lain dalam Weekly Shonen Jump turut berkongsi komen khas tentang My Hero Academia untuk mengucapkan tahniah kepada Kohei Horikoshi atas segala yang telah dilakukan oleh siri ini sepanjang ia diterbitkan. Antara mesejnya adalah:

  • Eiichiro Oda (One Piece) – Jadi sekarang anda boleh bermain Pokémon Go sebanyak yang anda mahu! Tahniah atas sepuluh tahun, Horikoshi Sensei!
  • Yuto Suzuki (Sakamoto Days) – Tahniah kerana telah menyelesaikan My Hero selepas sepuluh tahun. Berada dalam majalah yang sama adalah kebanggaan dalam hidup saya.
  • Takeru Hokazono (Kagurabachi) – Saya masih ingat membaca jilid 17 semasa di sekolah menengah. Dari Mirio kepada One For All 100 percent. Sungguh legenda!
  • Gege Akutami (Jujutsu Kaisen) – Jujutsu tidak akan wujud tanpa My Hero. Tahniah!
  • Yoshifumi Tozuka (Unluck Undead) – Saya sedang melukis one-shot sambil membaca My Hero jilid 1 berulang kali. Tahniah, Horikoshi Sensei!
  • Hitsuji Gondaira (Mission: Yozakura Family) – Terima kasih kepada kewujudan Tokoyami-kun dan Ordinary Woman, hidup saya diperkaya. Saya dipenuhi dengan kebahagiaan!

Anda boleh melihat mesej penuh oleh artis-artis lain di SINI.

Kredit: Rin Matsui

My Hero Academia (atau lebih dikenali sebagai Boku no Hero Academia) ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Kōhei Horikoshi. Ia telah bersiri dalam majalah shōnen manga Shueisha Weekly Shōnen Jump sejak Julai 2014, di mana bab-babnya dikumpulkan dalam 40 jilid tankōbon setakat April 2024.

Berlatarkan dunia di mana kuasa (dipanggil “Quirks”) telah menjadi perkara biasa, kisah ini mengikuti Izuku Midoriya, seorang budak lelaki yang dilahirkan tanpa Quirk tetapi masih bermimpi untuk menjadi seorang hero. Dia dijumpa oleh hero terhebat dunia, All Might, yang menganugerahkan Quirknya kepada Midoriya selepas mengenali potensinya, dan membantu untuk mendaftarkannya ke sekolah menengah berprestij untuk wira-wira dalam latihan.

Tags: My Hero Academia
ShareTweetSend
Previous Post

The Last of Us Season 2 Akan Debut Pada 2025 – Teaser Pertama!

Next Post

Berjumpa pengembara kecil lagi hebat di MTG: Bloomburrow – Tersedia Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Next Post
Berjumpa pengembara kecil lagi hebat di MTG: Bloomburrow – Tersedia Sekarang!

Berjumpa pengembara kecil lagi hebat di MTG: Bloomburrow - Tersedia Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd