Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2026
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan baki beberapa hari lagi sebelum bermulanya Piala Dunia 2026, EA Sports telah memperkenalkan kemas kini besar untuk EA Sports FC 26 dan EA Sports FC Mobile.

Dinamakan “The World’s Game”, kemas kini percuma ini telah dilancarkan sejak semalam, dan memperkenalkan mod kejohanan sebanyak 48 pasukan antarabangsa menyerupai format Piala Dunia.

Disebabkan Electronic Arts telah menamatkan kerjasama mereka dengan FIFA, kemas kini ini tidak menggunakan jenama rasmi Piala Dunia.

Walau bagaimanapun, mod kejohanan berasingan 48 pasukan yang baru ditambah ini menggunakan struktur yang sama seperti kejohanan sebenar yang akan bermula bulan ini: 12 kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan, di mana dua pasukan teratas setiap kumpulan serta lapan pasukan tempat ketiga terbaik akan mara ke pusingan kalah mati 32 pasukan.

Selain itu, pemain yang log masuk ke Ultimate Team boleh menebus item Festival of Football ICON Pelé bertaraf 93 overall (OVR) secara percuma, lengkap dengan progression path yang boleh disesuaikan.

Pasukan, Jersi, dan Stadium yang Dikemas Kini

Bagi membawakan skala perlawanan sebenar, EA menyertakan 53 pasukan kebangsaan berlesen penuh, di mana 41 daripadanya merupakan negara yang layak bertanding pada Piala Dunia termasuk AS, Kanada, Mexico, England, Jerman, dan Uruguay. Pemain juga boleh memilih daripada 60 buah negara dalam mod Kick Off untuk mengatur perlawanan antarabangsa.

Beberapa perkongsian lesen baharu turut membawakan jersi rasmi, lencana, dan rupa paras pemain yang dikemas kini untuk negara-negara seperti Brazil, Sepanyol, Portugal, dan Turki. Kemas kini ini juga menambah stadium dunia sebenar seperti Gillette Stadium di Massachusetts dan BMO Field di Toronto, di samping “Central Maw”, sebuah stadium fiksyen.

Rombakan Sistem Ganjaran dalam Ultimate Team

The world has gathered in #FC26. Now it’s time to write history.

The World’s Game edition, available now: https://t.co/gKfu4LZCV2 pic.twitter.com/qBdkyCuy2l

— EA SPORTS FC (@EASPORTSFC) June 4, 2026

Bagi kebanyakan pemain, perubahan paling ketara pada konsol dan PC diperkenalkan dalam Football Ultimate Team (FUT) menerusi pelancaran acara “Festival of Football”.

Acara ini membawakan perubahan mekanik yang besar kepada struktur ganjaran mod tersebut. EA memperkenalkan sistem Token yang akan menjadi cara utama untuk pemain mendapatkan ganjaran selepas ini.

Pemain boleh memperoleh Token dengan hanya bermain perlawanan dalam Rivals, Squad Battles, mod Rush baharu, dan acara terpilih.

Token ini kemudiannya boleh dibelanjakan di Token Store khas untuk mendapatkan pack, player item, dan Evolution. Untuk memastikan keseimbangan gameplay, EA telah menetapkan had mingguan yang ketat sebanyak 1,000 Token (sehingga 5,000 Token untuk keseluruhan kempen), dan Token ini tidak boleh dibeli menggunakan pek berbayar di kedai permainan.

Di samping itu, hari ini menandakan bermulanya acara log masuk Pelé. Pemain yang memasuki Ultimate Team antara 5 Jun hingga 24 Julai 2026 akan menerima 93 OVR ICON Pelé secara automatik.

Mereka juga akan mendapat tiga Evolution “Choose Your Journey” berdasarkan persembahan antarabangsa legenda Pelé pada tahun 1970, membolehkan pemain menaik taraf beliau kepada tiga PlayStyle berbeza:

  • Striker (ST): Meningkatkan statistik shooting dan memberikan PlayStyle Low Driven+.
  • Central Midfielder (CM): Meningkatkan statistik passing dan menambah PlayStyle Incisive Pass+.
  • Winger (LW/RW): Meningkatkan pace dan dribbling, serta membuka PlayStyle Finesse Shot+.

Ultimate Team juga menganjurkan hab “Journey of Nations”, yang akan menawarkan kempen mingguan dengan ganjaran yang diinspirasikan oleh pemain ikonik serta bintang muda yang sedang meningkat naik dari seluruh dunia.

Kemas Kini Mod Career dan Edisi Game Baharu

Pemain mod offline juga menerima ciri-ciri baharu. Manager Career dalam FC 26 merangkumi kejohanan 48 pasukan tersebut, lengkap dengan peraturan dan perkembangan kejohanan yang autentik.

Dalam Player Career pula, pemain boleh menjangkakan Live Challenges baharu serta objektif musim khusus mengikut negara, manakala ICON dan Heroes antarabangsa turut disepadukan ke dalam mod ini.

Bagi pemain yang belum membeli game asas, EA telah melancarkan EA Sports FC 26: The World’s Game Edition.

Pakej ini mengandungi game asas berserta Gold Starting XI Pack (mengandungi pemain bertaraf 84 ke atas, dengan jaminan sekurang-kurangnya seorang pemain bertaraf 86+), 3,000 Season Point, dan tiga untradeable Player Pick yang menampilkan item kempen elit, ICON/Heroes, dan pemain International Team of the Season (TOTS) bertaraf sehingga 95 OVR.

Membawa Pentas Antarabangsa ke Peranti Mobile

The World’s Game Update has officially arrived in #FCMobile! 🌍✨

Download Now: https://t.co/Tjr95BTNGV

What’s new:
🏆 The World's Game Tournament
🏃‍♂️ PlayStyles
⏱️ Quick Match
✨ UTOTS and more! pic.twitter.com/P6MDtgT8pZ

— EA SPORTS FC MOBILE (@EASFCMOBILE) May 28, 2026

Pada peranti mobile, EA Sports FC Mobile menerima Tournament Mode miliknya sendiri, membolehkan pengguna mengawal lebih daripada 50 pasukan kebangsaan yang dilengkapi dengan jersi rasmi, item pemain bertemakan bendera, dan senarai pemain yang dikemas kini.

Kemas kini mobile turut menambah ciri “Quick Match”. Pemain boleh membuat bilik permainan peribadi dan berkongsi kod jemputan dengan rakan-rakan untuk memulakan perlawanan Head-to-head atau VS Attack menggunakan pasukan kebangsaan mahupun skuad mereka sendiri.

Update “World’s Game” boleh dimuat turun secara percuma untuk semua pemilik EA Sports FC 26 di PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, dan PC, serta pada peranti iOS dan Android.

Tags: EA SPORTS FC 26
ShareTweetSend
Previous Post

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

Next Post

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd