Menurut pengumuman rasmi, “The Fiend” adalah sebahagian daripada WWE 2K Originals: Bump in the Night DLC. Selain daripada “The Fiend,” DLC itu mengandungi lapan playable characters fiksyen seperti “Demon King” Finn Balor, “Swampfather” Bray Wyatt, versi Frankenstein Braun Strowman yang dipanggil FrankenStrowman, “Wicked” Aleister Black, “Predator Apex Unleashed” Randy Orton dan “Fed-Up” Sheamus.
Bersama dengan playable character ini, mereka yang pre-order WWE 2K20 boleh miliki arena “Wyatt Swamp” dan “Cemetery Brawl“, serta moves baru, senjata baru dan pilihan untuk Create-a-Superstar dan Create-an-Arena. Selain itu, WWE 2K Originals: Bump in the Night mengandungi pelbagai 2K Story Towers dan 2K Showcase unik yang mendorong pemain untuk melawan “Swampfather” Bray Wyatt dan keluarganya dengan Finn Balor.
Bump in the Night adalah yang pertama daripada empat WWE 2K Originals, dengan tiga lagi set diumumkan pada masa akan datang. Set ini boleh dibeli pada harga $14.99 (RM63.00) secara individu atau sebagai satu bundle untuk $29.99 (RM126.00) melalui WWE 2K Backstage Pass. Walaupun Bump in the Night disertakan untuk semua orang yang pre-order WWE 2K20, tiga lagi WWE 2K Originals datang dengan WWE 2K20 Deluxe dan Collector’s Editions.
Pelancaran rasmi WWE 2K20 di seluruh dunia ditetapkan pada 22 Oktober di Xbox One, PlayStation 4, Microsoft Windows dan platform yang berkaitan.
@gamersantaimy
Discussion about this post