Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DAYMARE : 1998 Permainan Seram Yang Berinsiprasikan Resident Evil diumumkan tarikh pengeluaranya!

Game seram yang boleh masuk dalam senarai ni!

Nyny.A by Nyny.A
August 16, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
DAYMARE : 1998 Permainan Seram Yang Berinsiprasikan Resident Evil diumumkan tarikh pengeluaranya!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sudah bersedia untuk menghadap sebuah lagi permainan seram-aksi seperti siri Resident Evil dan Silent Hill? Sebenarnya banyak lagi permainan seram yang lain hadir di platform permainan, tetapi tidak banyak yang gayanya seperti permainan lagenda ini semua. Kali ini permainan terbaru yang menginspirasikan mentaliti permainan seram dulu-dulu terutamanya Resident Evil, bergenrekan seram aksi orang ketiga (third-person survival horror) iaitu DAYMARE: 1998 akan dilancarkan ke platform PC Steam 17 September ini.

Bukan sekadar pengumuman pelancaran tarikhnya, trailer penceritaan mengenai watak Sam didalam permainan ini turut dikongsikan. Anda boleh saksikanya disini;

Didalam Daymare: 1998, Sam merupakan seorang Ranger Hutan dan “penduduk yang dihormati” di Keen Sight (bandar seperti Racoon City – Re) di mana perjalanan permainan ini berlansung. Walaupun Sam sebenarnya hanya seorang lelaki biasa yang ingin melndungi isterinya, Sam juga berjuang dengan ketagihan pil nya dimana ianya menambah lebih dimensi terhadap wataknya.

Jadi sebenarnya dalam permainan ini, bukan sekadar watak Sam sahaja yang anda boleh pilih, terdapat dua lagi watak iaitu Liev – Seorang Ejen H.A.D.E.S (Hexacore Advanced Division for Extraction and Search). Kemungkinan besar lahir di Rusia dan mempunyai rekod ketenteraan Rusia. Seorang lagi, Raven – seorang juruterbang Hexacore Air Force yang digelar “4RGO Delta”. Dahulu pernah menjadi juruterbang NASA, tetapi digugurkan dari pekerjaan kerana misi yang gagal. Tetapi video trailer pengenalan kedua watak ini masih belum ditayangkan. Jadi anda dah bersedia untuk selami dan mendalami bandar Keen Sight dengan ketiga watak ini?

Ciri-ciri lain yang turut ada dalam Daymare: 1998 ini;

  • Beberapa watak POV – Selami cerita yang berainan dari setiap watak untuk mendapat kebenaran yang sebenar.
  • Musuh yang menakutkan – Makhluk zombi dan lain-lain yang dilakukan seperti animasi yang realiti!
  • Teka-teki keseluruhan alam – Mencari jalan anda tidak mudah, jadi carilah petunjuk.
  • Mekanik Klasik – Peluru dan ‘Save Point’ yang terhad, ‘backtracking’, koleksi untuk dikumpul, musuh yang kuat, dan banyak lagi
  • Grafik dan efek moden – Bukan semuanya nampak klasik, berterima kasih kepada Unreal Engine 4!
  • Berinspirasi 90-an – Permainan yang berada di era tersebut dengan pelbagai rujukan

Dah rasa teruja untuk permainan terbaru ini? Tidak sabar menunggu bulan depan untuk mendapatkanya? Jangan risau, Invader Studio telah melancarkan Demo permainan yang anda boleh memuat turunya di Steam sekarang! jadi jangan terlepas untuk dapatkan nya! Juga, anda boleh ikuti laman web rasmi Daymare: 1998 dan You tube mereka untuk kemaskini permainan ini.

Sumber: Daymare: 1998 ; Gamerant
Tags: DaymareDaymare:1998Invader StudiosPC SteamsteamSteam Games
Previous Post

“The Fiend” Bray Wyatt menjadi fokus utama untuk DLC Pack bertema-Horror di WWE 2K20!

Next Post

Lebih banyak game console beralih ke mobile selepas kejayaan PUBG Mobile!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Lebih banyak game console beralih ke mobile selepas kejayaan PUBG Mobile!

Lebih banyak game console beralih ke mobile selepas kejayaan PUBG Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd