Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Elder Scrolls Online umum expansion & kelas baru untuk “Content 2023” – Shadow Over Morrowind!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2023
in Artikel, Berita, DLC, MMO, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The Elder Scrolls Online umum expansion & kelas baru untuk “Content 2023” – Shadow Over Morrowind!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ZeniMax Online Studios telah mengumumkan kisah baru untuk The Elder Scrolls Online iaitu “Shadow Over Morrowind“. Kisah tahun ini membawa pemain kembali ke Morrowind, dan membenarkan mereka meneroka tempat yang belum pernah dilihat dalam dunia The Elder Scrolls sejak tahun 1994.

Shadow Over Morrowind menceritakan kisah melalui pelbagai jenis content, bermula dengan DLC dungeon Scribes of Fate pada bulan Mac. Cerita diteruskan dengan Necrom Chapter pada bulan Jun. Paling menarik sekali, pasukan turut mendedahkan tambahan kelas baharu, Arcanist, yang akan datang dengan pelancaran Necrom Chapter pada bulan Jun.

DLC The Elder Scrolls Online Scribes of Fate DLC

Saga Elder Scrolls Online: Shadow Over Morrowind bermula dengan DLC Scribes of Fate yang bakal keluar pada bulan Mac tahun ini dan menampilkan dua 4-player dungeon baharu. Pemain harus melepasi musuh-musuh acolyte Scribes of Mora di Scrivener’s Hall atau bertarung dengan musuh sihir Bal Sunnar.

Scribes of Fate akan bermula secara langsung pada 13 Mac 2023 untuk PC/Mac dan 28 Mac 2023 untuk konsol Xbox dan PlayStation. Untuk butiran lanjut tentang DLC Scribes of Fate DLC, anda boleh baca blog rasmi di SINI.

The Elder Scrolls Online: Necrom Chapter

Selepas DLC Scribes of Fate, The Elder Scrolls Online: Necrom Chapter pula dilancarkan pada bulan Jun ini. Necrom Chapter menampilkan 30 jam kandungan cerita serba baharu, dan membawa pemain ke dalam dua zon baharu di Eastern Morrowind bersama dua “companion”.

Selain zon baharu, Necrom juga datang dengan salah satu ciri yang paling diminta oleh peminat, iaitu kelas baharu – Arcanist. Arcanist ialah kelas ke-7 dan terbaharu dalam ESO dan membawakan abiliti dan mekanik unik yang diambil daripada Daedric Prince di alam Oblivion. Untuk semua info mengenai kelas ini, anda boleh baca blog rasmi di SINI.


Scribes of Fate akan keluar pada 13 Mac 2023 untuk PC/Mac dan 28 Mac 2023 untuk konsol Xbox dan PlayStation manakala The Elder Scrolls Online: Necrom Chapter akan keluar pada PC/Mac pada 5 Jun 2023 dan pada konsol Xbox dan PlayStation pada 20 Jun 2023.

Tags: mmoShadow Over MorrowindThe Elder Scrolls Online
Previous Post

Hi-Fi Rush — Game Rhythm Aksi Terbaru Daripada Studio “The Evil Within”!

Next Post

Redfall akan tersedia untuk Xbox Series X|S & PC pada 2 Mei, pratempah dibuka sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Redfall akan tersedia untuk Xbox Series X|S & PC pada 2 Mei, pratempah dibuka sekarang!

Redfall akan tersedia untuk Xbox Series X|S & PC pada 2 Mei, pratempah dibuka sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd