Dibangunkan oleh Artefacts Studio, SCRYsoft dan Dear Villagers akan membawakan RPG taktikal luar biasa The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos ke PS4, dalam ‘Chicken Edition’ baru yang merangkumi DLC ‘Ruins of Limis’. Permainan ini akan dikeluarkan secara digital sebagai permulaan di PlayStation Store pada 21 Disember 2021 dan versi fizikal dirancang untuk keluar pada Q1 2022.
Dunia Naheulbeuk ialah ciptaan original oleh pengarang Perancis, John Lang. Ia bermula sebagai siri komedi audio yang sangat popular, yang memparodikan lakonan, tabletop game dan kiasan fantasi heroik, kini dijadikan permainan video!
Tentang The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos
The Dungeon of Naheulbeuk: The Amulet of Chaos ialah RPG taktikal turn-based yang penuh dengan daya tarikan, jenaka dan huru-hara! Mengetuai pasukan wira, pemain akan memulakan pengembaraan epik yang menggabungkan keseronokan, kreativiti dan huru-hara dari kempen. Ia juga mempunyai cabaran game RPG taktikal terbaik, menyampaikan pengembaraan yang tidak pernah anda lalui sebelum ini.
Ciri-ciri utama
- Terokai dungeon yang besar dan mengejutkan dari gua sehingga ke kuarters mewah raja jahat Zangdar, melalui taman luncur ais goblin dan tavern yang sangat meriah!
- Main dengan tujuh watak permainan RPG yang mempunyai kemahiran yang saling melengkapi semasa anda menaikkan level mereka. Watak tersebut ialah Ranger, Elf, Dwarf, Barbarian, Magician (disuarakan oleh Felicia Day), Ogre and Thief.
- Pertarungan turn-based yang menarik dengan mekanik sokongan kreatif antara ahli pasukan.
- Bestiary yang luas, yang mempunyai lebih daripada 100 musuh! Ia akan mendorong anda berfikir dengan lebih taktikal dalam setiap pertarungan.
- Objek tersembunyi dan boleh dimusnahkan dengan kesan status yang mengejutkan, akan mengubah arus pertempuran menjadi lebih mudah atau susah!
- Sistem kesukaran yang disesuaikan. Daripada mod cerita yang boleh diakses dan menyeronokkan dengan pertempuran yang dipermudahkan dalam “nightmare mode”, di mana kesilapan yang kecil boleh membawa kepada kejatuhan anda.
- Perbualan yang pelik dan kucar-kacir, situasi yang tidak masuk akal dan pertemuan luar biasa menanti!
- Termasuk dengan DLC ‘Ruins of Limis’, permainan komedi-seram di mana wira terperangkap dalam perang antara puak necromancer dan vampire coven.
DLC Ruins of Limis
- Alami kisah lucu selepas bermain kempen dengan kandungan lebih 5 jam dalam dunia roleplaying John Lang.
- Pilih pihak anda dan ikuti questline yang bercabang dalam konflik antara puak necromancer dan vampire coven.
- Pimpin kumpulan wira dalam pengembaraan dalam sebuah tempat yang dipenuhi zombi.
- Buka kebolehan ajaib dan pertahankan diri anda daripada makhluk pada waktu malam!
- Harungi 11 cabaran pertempuran dan cabaran masa yang singkat.
- Lengkapkan side quest ‘Trollkenstein’ yang unik di mana wira mesti memburu bahagian badan troll yang berbeza untuk digabungkan menjadi raksasa.
Untuk liputan lain mengenai permainan, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post