Pembikin game The Culling 2; Xaviant umumkan nak bungkus game ni dan menawarkan refund kepada sape yang dah tersalai kredit kad diorang. Xaviant nak reboot game ni buat free to play.
Pengarah Operasi Xaviant, Josh Van Veld minta maaf menerusi channel YouTube official diorang sebab launching game ni yang kantoi minggu lepas; lepas banyak komplen macam melee combat tah pape dan populasi server rendah.
https://www.youtube.com/watch?v=24rR69Ygn20
Pihak Xaviant jugak dalam progress nak remove The Culling 2 daripada store-store digital Valve, Sony dan Microsoft. Langkah seterusnya Xaviant akan start balik; dengan versi day-one. Diorang nak buat apa tau, amik build last The Culling pastu remodel dengan build day-one.
Dengan harapan dapat attract player baru dengan maintain sedia ada, diorang akan buat game ni free to play bila updated build keluar nanti.
Game ni memang baru sangat berada di pasaran, jari kami pun masih terasa keystroke buat write-up pasal launching dia..
@gamersantaimy
Discussion about this post