FIFAe World Cup 2025 telah melabukan tirainya pada hujung minggu lepas, di mana JXMKT dari Thailand dan gandingan dari Poland, Ostrybuch dan Zilo, masing-masing dinobatkan sebagai juara dunia bagi mobile division dan console division. Acara yang berlangsung dari 10 hingga 13 Disember di Arab Saudi itu turut menyaksikan wakil kebanggaan Malaysia, Muhaimin ‘MINBAPPE’ Ahmad, mempamerkan perjuangan yang gagah sehingga ke peringkat semi-finals dalam mobile category yang penuh saingan.
FIFAe World Cup 2025 ialah sebuah kejohanan esports anjuran Konami Digital Entertainment dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA®), menampilkan judul popular Konami “eFootball” sebagai game rasmi kejohanan. Pertandingan tahun ini, yang merupakan edisi kedua kejohanan tersebut, menyaksikan penyertaan global yang memecah rekod, dengan sejumlah 16.51 juta pemain dari 90 negara dan wilayah bersaing untuk merebut tempat ke pusingan finals. Daripada kumpulan bakat yang besar ini, dua belas wakil negara bagi setiap division berjaya melayakkan diri untuk bersaing merebut hadiah utama di Riyadh.
Dalam mobile division, yang dimainkan dalam format 1v1, JXMKT dari Thailand muncul sebagai juara selepas perlawanan akhir yang sengit menentang wakil dari Brazil. JXMKT mengucapkan terima kasih atas kemenangan itu, dengan berkata, “Saya amat berbangga dan saya ingin berterima kasih kepada jurulatih saya. Tanpa beliau, saya tidak mungkin menjadi juara, dan saya ingin berterima kasih kepada pasukan saya, dan Thailand atas sokongan yang diberikan. Impian menjadi kenyataan.”
Console division, sebuah pertandingan 2v2, telah didominasi oleh pasukan Poland yang diwakili oleh Ostrybuch dan Zilo, yang mempamerkan aksi yang mantap untuk menewaskan Itali dalam dua pusingan di perlawanan akhir. “Ini sangat istimewa bagi saya, terutamanya kerana saya berdiri di sini bersama abang saya. Saya amat berbangga dengan kami,” kata Zilo dengan gembira sambil menjulang trofi. Rakan sepasukannya, Ostrybuch, menambah, “Kami telah buktikan yang kami adalah yang terbaik, dan kami bermain dengan luar biasa.”
Bagi peminat e-sukan Malaysia, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada pemain berusia 20 tahun, Muhaimin ‘MINBAPPE’ Ahmad, yang membawa harapan negara dalam mobile category. Selepas kemenangan di FIFAe World Cup 2024, MINBAPPE sekali lagi menunjukkan kemahiran bertaraf dunia, mengharungi group stage yang sukar untuk mara ke knockout rounds. Namun, perjuangannya terhenti dalam pertembungan semi-final di mana beliau tewas tipis 4-3 kepada juara dari Thailand.
Menuju ke hadapan, professional player yang bercita-cita tinggi bakal berpeluang untuk mengikut jejak langkah MINBAPPE. KONAMI telah mengumumkan bahawa in-game qualifiers untuk FIFAe World Cup 2026 akan bermula pada bulan Februari 2026 dalam eFootball, menawarkan laluan terus bagi para pemain untuk mewakili negara mereka di persada dunia.









Discussion about this post