Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siap Sedia! Pencipta Apex Legends Memperkenalkan “Highguard,” Game Shooter F2P Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 15, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Siap Sedia! Pencipta Apex Legends Memperkenalkan “Highguard,” Game Shooter F2P Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Wildlight Entertainment, sebuah studio yang ditubuhkan oleh pencipta veteran di sebalik game popular Apex Legends dan siri Titanfall yang mendapat pujian ramai, telah rasmi mengumumkan game pertama mereka, Highguard.

Highguard merupakan sebuah game free-to-play dalam genre raid shooter yang berfokuskan aksi pemain-lawan-pemain (PvP) dan bakal tiba pada 26 Januari 2026. Apabila dilancarkan nanti, para pemain boleh menikmati aksi game ini di konsol PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta di PC melalui platform Steam. Menariknya, game ini akan menyokong sepenuhnya fungsi cross-play dan cross-progression bermula dari hari pertama ia dikeluarkan.

Menjanjikan satu kelainan kepada genre ini, para pemain akan mengambil peranan sebagai “Warden”, iaitu penembak handal yang mempunyai kuasa magic dan bertempur untuk menguasai sebuah benua mitos. Asas gameplay tertumpu pada combat berpasukan yang mana setiap skuad, yang digelar “krew Warden”, akan bertarung untuk menguasai satu objektif utama yang dinamakan “Shieldbreaker”. Pasukan yang berjaya mengawalnya akan mendapat kelebihan untuk menembusi pertahanan dan menyerbu pangkalan pihak lawan.

Berdasarkan trailer gameplay yang dipertontonkan, ia memaparkan kombinasi yang dinamik antara senjata futuristik dengan tunggangan haiwan ala zaman pertengahan. Di samping itu, pemain juga dibekalkan dengan pelbagai abiliti unik, menandakan adanya elemen hero-shooter di mana campuran watak dalam pasukan dan sinergi menjadi faktor penentu untuk mencapai kemenangan. Sebahagian daripada persekitaran dalam game ini juga boleh dihancurkan, sekaligus membuka peluang untuk mencipta laluan baharu dan mengubah sudut serangan secara taktikal.

Walaupun nama Wildlight Entertainment mungkin baharu, studio ini sebenarnya diterajui oleh individu-individu yang sangat berpengalaman dalam industri gaming. Studio ini telah diasaskan pada tahun 2021 oleh sekumpulan bekas pembangun veteran dari Respawn Entertainment, yang memainkan peranan penting di sebalik beberapa game shooter yang paling berpengaruh sepanjang dekad yang lalu.

Tags: Highguard
ShareTweetSend
Previous Post

Thailand & Poland Ungguli FIFAe World Cup 2025, Perjuangan Malaysia Terhenti Di Separuh Akhir

Next Post

Marvel Rivals Bersiap Untuk Season 6 Dengan Ketibaan Deadpool!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Marvel Rivals Bersiap Untuk Season 6 Dengan Ketibaan Deadpool!

Marvel Rivals Bersiap Untuk Season 6 Dengan Ketibaan Deadpool!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd