Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS25] Previu Phantom Blade Zero – Combat Wuxia Menentang Tiga Boss Mengancam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2025
in Action, Artikel, Berita, PC, Preview, PS5, RPG
0 0
0
[TGS25] Previu Phantom Blade Zero – Combat Wuxia Menentang Tiga Boss Mengancam
Share on FacebookShare on Twitter

Kembali ke pentas Tokyo Game Show tahun ini, Phantom Blade Zero terasa seperti sebuah game yang sama sekali berbeza. Jika dibandingkan dengan pameran tahun lalu, game aksi terbitan S-GAME berinspirasikan wuxia ini kini kelihatan jauh lebih tergilap, matang, dan yakin dengan identitinya.

Ia menyatukan elemen-elemen Soulslike dengan sebuah ARPG, mengekalkan debaran ‘hidup atau mati dalam satu libasan pedang’ dan pada masa yang sama, membina irama combat yang unik.

Dalam sesi demo kami, tahap kesukaran ditetapkan pada Gamechanger (Medium), yang membawa kami menyelami segmen-segmen penerokaan serta tiga pertarungan bos yang berbeza. Kawalan gameplay terasa begitu responsif sebaik sahaja memegang controller.

Setiap gerak-geri watak dihasilkan melalui ‘motion-capture’, disulami pula dengan estetika ‘wuxia’ yang cukup menawan. Lompatan dinding yang mudah pun diakhiri dengan pusingan anggun di udara sebelum watak mendarat, menjadikan setiap aksi kelihatan seperti sebuah babak sinematik.

Aspek combat sememangnya menjadi tarikan utama dalam pengalaman. Watak utama, Soul, dibekalkan dengan dua senjata utama dan dua ‘Phantom Edges’ (senjata sokongan). Bagi setiap senjata utama, ada tolok Sha-Chi, iaitu sejenis sumber kuasa seakan-akan stamina yang mengawal kemampuan untuk menyerang, parry, dan dodge.

Apabila tolok ini kosong, watak akan menjadi lemah dan mudah diserang. Walau bagaimanapun, strategi game ini terletak pada satu mekanik yang mudah tetapi pintar: tindakan menukar senjata akan memulihkan tolok Sha-Chi serta-merta.

Ini menghasilkan satu corak ofensif dan defensif yang dinamik, mendorong pemain untuk bertukar senjata secara tangkas di antara longsword, dual blade, atau senjata lebih unik seperti whipsword di tengah-tengah kombo.

Sistem pertahanan juga tidak kurang hebatnya, dengan mekanik utamanya adalah ‘Precise Parry’ dan ‘Precise Dodge’. Apabila musuh memancarkan cahaya biru, ia menandakan serangan ‘Brutal Move’ yang boleh parry.

Parry yang dibuat pada waktu yang tepat akan mengaktifkan serangan balas ‘Ghostep’, sebuah animasi bergaya yang akan mengurangkan Sha-Chi pihak lawan. Sebaliknya, cahaya merah pula memberi amaran akan serangan ‘Killer Move’ yang tidak boleh parry dan wajib dielak. Setiap jenis senjata menampilkan animasi Ghostep berbeza.

Meskipun ‘light attack’ dan ‘heavy attack’ boleh digabungkan dengan butang petak dan segi tiga, rentak kombo yang terhasil terasa lebih “ketat” berbanding game aksi lain.

Pemain perlu menunggu satu animasi serangan selesai sepenuhnya sebelum dapat menyambung dengan gerakan seterusnya; ini lebih mengutamakan gameplay defensif serta serangan balas yang tepat ketika menentang bos.

Namun, apabila berdepan dengan musuh-musuh biasa, sistem kombo yang lebih bebas dan lancar ini dapat dinikmati sepenuhnya.

Satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan, ‘Concentration Mode’, menambahkan strategi. Apabila diaktifkan, pergerakan watak menjadi lebih perlahan, namun ia mampu parry hampir semua serangan secara automatik, dengan kos penggunaan Sha-Chi yang berterusan.

Menguruskan sumber penting ini antara gameplay ofensif dan defensif adalah kunci untuk terus bertahan. Setelah Sha-Chi musuh habis, pemain berpeluang melancarkan ‘execution move’ dengan visual hebat, di mana setiap senjata mempunyai animasi sinematiknya yang tersendiri.

Keseluruhannya, sistem combat ini terasa seperti sebuah tarian maut di mana pemain perlu sentiasa beralih antara menyerang dan bertahan, menukar senjata untuk mengekalkan rentak, dan tepat melakukan parry.

Sesi demo ini menguji kehebatan sistemnya melalui tiga pertembungan bos.

Pertama sekali, Wan Jun “Coppermaul,” adalah musuh bersaiz gergasi dengan serangan tukul luas yang menghasilkan ancaman di kawasan besar. Apa yang paling menonjol di sini ialah serangan balas yang dipadankan dengan setiap animasinya.

Sebagai contoh, apabila Wan Jun menghayunkan tukulnya secara mendatar, ‘Ghostep’ yang berjaya akan membuatkan watak anda melompat ke atas pemegang tukul, berlari di atasnya, sebelum melancarkan serangan dari udara.

Momen sinematik ini cukup memukau dan pasti membuatkan pemain berfikir, “Eh, boleh buat macam tu?!”, menjadikan pertarungan lebih sukar diramal.

Bos kedua ialah Red Wraith, seorang pendekar pedang berjubah merah yang sangat lincah, ditemui di puncak sebuah menara yang ditiup angin kencang. Gerakannya yang pantas diselangi bunyi pedang mengingatkan kami kepada babak pertarungan dari filem Crouching Tiger, Hidden Dragon.

Satu perkara yang menarik, pertarungan ini sebenarnya tidak wajib dan boleh dielakkan (ini merupakan satu keputusan yang boleh membawa implikasi mengejutkan).

Pertarungan bos terakhir menentang Chief Disciple of the Seven Stars merupakan klimaks bagi sesi demo ini. Pada mulanya, dia akan mengawal tujuh buah patung yang menyerang dalam pelbagai formasi. Selepas fasa pertamanya ditewaskan, pertempuran berubah sepenuhnya.

Dia tiba-tiba terapung di udara, dikawal oleh empat utas tali merah, seolah-olah dia sendiri telah menjadi sebuah patung, manakala seluruh arena diselubungi merah darah. Dalam fasa ini, serangannya menjadi lebih ligat dan tidak menentu, memberikan tekanan berterusan tanpa memberi ruang untuk bernafas.

Namun, kejutan terbesar tiba sekiranya anda memilih untuk melangkau pendekar berjubah merah sebelum ini: dia akan muncul untuk menyertai pertarungan di fasa terakhir ini.

Pemain kini perlu berhadapan dengan dua bos yang tangkas dan agresif secara serentak, di mana kedua-duanya menyerang dengan corak berbeza, menghasilkan suasana huru-hara.

Kemajuan yang ditunjukkan oleh Phantom Blade Zero dalam tempoh setahun sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

Sekiranya S-GAME terus menggilap kelancaran kombo dan tindak balas bos, judul ini mempunyai potensi untuk melonjak menjadi antara game terkenal bagi genre ARPG fantasi dari Asia, sekali gus meletakkannya sebaris dengan gergasi lain seperti Black Myth: Wukong.

Buat masa ini, tarikh pelancaran bagi game ini masih belum diumumkan, tetapi ia sedang dibangunkan untuk PlayStation 5 dan PC. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Phantom Blade Zeropreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Pengakhiran Lemah Dragon Ball Daima Berpunca Daripada Skrip Spontan, Dedah Produser

Next Post

[TGS25] Previu Crusader Kings III: All Under Heaven – Memerintah Dunia Sebagai China, Jepun Atau Asia Tenggara

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
[TGS25] Previu Crusader Kings III: All Under Heaven – Memerintah Dunia Sebagai China, Jepun Atau Asia Tenggara

[TGS25] Previu Crusader Kings III: All Under Heaven – Memerintah Dunia Sebagai China, Jepun Atau Asia Tenggara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd