Kemunculan pertama Tales of Arise dapat disaksikan pada E3 pada Jun lepas. Pada TGS 2019, para peminat telah disajikan dengan lebih banyak informasi untuk dihadam sambil menanti keluarannya. Maklumat terbaru ini telah disampaikan oleh Yusuke Tomizawa.
TOArise adalah dalam perancangan untuk keluaran pada tahun 2020, sempena sambutan ke 25 tahun siri Tales. Animasi yang hebat, ilustrasi dan watak yang unik sentiasa menjadi penanda aras dalam siri Tales, dan tradisi ini diteruskan dalam Arise. Walaupun Arise memberi fokus kepada aksi dan eksplorasi, ianya masih kekal sebagai sebuah RPG.
Kali ini ianya memberi fokus kepada Dahna; sebuah planet yang berasaskan alam semulajadi manakala Rena pula adalah planet yang penuh magis dan berorientasikan sains. Rena telah menduduki Dahna sekitar 300 tahun lalu. Permulaan cerita dalam Arise bermula apabila Alphen dan Shionne berjumpa.
Alpen merupakan seorang hamba yang tidak mengingati apa-apa dan dia tidak bole merasakan sebarang kesakitan. Shionne pula adalah seorang gadis dari Rena yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat kepada sesiapa yang disentuhnya. Disinilah bermula hubungan mereka yang unik.
Semua manusia dalam alam ini memiliki “Astral Energy” dan Astral Artes berfungsi seperti magis. Makhluk dari Rena seperti Shionne mampu menggunakan Astral Artes dengan tenaga meneka. Mata Shionne akan bertukar menjadi biru apabila dia menggunakannya. Kebolehan Arte nya memiliki kuasa penyembuhan. Alphen pula memiliki Torch Flame Sword, sebuah pedang yang berasaskan kuasa Shionne. Walaupun tidak merasa sakit, Alpen masih boleh mati daripada kecedaraan yang di datangkan oleh pedang ini. Oleh itu Shionne diperlukan untuk menyembuhkannya. Tahap kecederaannya ketika menggunakan pedang ini mampu memberi kesan kepada pertempurannya. Setakat ini, tidak ada maklumat lanjut berkenaan mekanisma ini.
Setakat ini, masih banyak lagi maklumat yang akan didedahkan pada masa hadapan. Tentunya ada watak dan jalan cerita baru, dan juga hubungan di antara watak-watak.
Arise mengambil masa 4 tahun untuk muncul, jika diambil kira dari 2016 iaitu tahun keluaran Berseria. Ini kerana, ketika fasa perancangan, pasukan pembangun game ini mengambil keputusan untuk menggunakan teknologi baru melalui Unreal Engine 4. Sasaran mereka juga adalah untuk pemain-pemain baru yang tidak pernah memainkan game ini dan pemain yang tidak mengetahui jalan ceritanya; sudah tentunya pemain-pemain lama juga di berikan perhatian. Perincian kepada animasi dan seni game juga diambil kira, untuk memastikan ianya persis dengan siri Tales yang lain. Arise dikeluarkan sebagai penanda ulangtahun ke-25 mereka.
Dari 2002 hingga 2009, kita dapat melihat siri Tales mendapat keluaran yang konsisten, tetapi ini tidak bermakna peminat boleh mengharapkan rentak keluaran yang sama. Ini kerana proses translasi dan localization menyebabkan keluarannya memakan masa yang lama. Selepas ini mereka akan mencuba keluaranya seluruh dunia dimana sebelum ini, permainan berbahasa Jepun diterbitkan terlebih dahulu, diikuti setahun kemudian untuk edisi antarabangsa.
Setelah suku abad, siri Tales masih lagi mampu memukau peminat dari serata dunia. Tales of Arise di jadualkan untuk berada di pasaran pada 2020, dan sememangnya pasti ramai yang tidak sabar menunggu!
@gamersantaimy
Discussion about this post