1 April adalah tarikh yang sangat ikonik untuk ramai orang membuat berita palsu bersempena dengan “April Fool’s”. Namun, ROG tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan produk terbaru mereka iaitu ROG Ally. Memandangkan ia telah diumumkan pada “April Fool” ramai yang menganggapnya ia adalah sebuah jenaka, tetapi hakikatnya produk tersebut adalah benar.

Menurut video tersebut, mereka telah mengesahkan yang konsol ini akan dioperasikan menggunakan Windows OS untuk menjadikan ia adalah sebuah gaming handheld yang relevan.
Mereka juga mengumumkan yang ROG akan bekerjasama bersama AMD untuk mencipta sebuah APU yang sangat laju buat masa sekarang. Konsol handheld ini juga dilengkapi dengan skrin Full HD yang mampu memberikan pengguna keselesaan dan kepuasan sepanjang sesi bermain game.

Menurut seorang Youtuber Dave2D, ROG Ally menampilkan touchscreen yang bersaiz 7 inci dengan menampilkan ratio 16:9 dan resolusi 1080p. Skrin ini juga dilengkapi dengan 120Hz refresh rate yang mampu menghasilkan grafik game dengan lebih tepat dan pantas.
Memandangkan fungsinya konsol gaming handheld adalah sama semuanya, ROG Ally juga menggunakan “Cloud Servis” untuk bermain game. Tambah pula di negara kita masih tiada “Cloud Gaming Servis” yang tersedia selain NVIDIA GeForce Now yang ditawarkan oleh YES 5G. Agak sukar untuk mengatakan yang ROG Ally akan dilancarkan di Malaysia.
Buat masa sekarang, mereka masih tidak mengumumkan sebarang maklumat terperinci termasuk spesifikasi penuh dan juga tarikh pelancaran. Tetapi mereka telah bekerjasama dengan BestBuy untuk memberikan pemberitahuan awal kepada sesiapa yang berdaftar. sekiranya pre-order telah dibuka.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post