Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Team SMG mengumumkan pasukan Dota 2! Terdiri daripada Mushi, Neah666, vtFαded, Ah Fu & Ninjaboogie!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2021
in Artikel, Berita, Esports, MOBA, PC, Tempatan
0 0
0
Team SMG mengumumkan pasukan Dota 2! Terdiri daripada Mushi, Neah666, vtFαded, Ah Fu & Ninjaboogie!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan hari ini, pasukan Dota 2 untuk rantau Asia Tenggara telah didedahkan dan terdiri daripada 4 pemain daripada Malaysia. Nama pemain yang bakal berjuang ini ialah Chai “Mushi” Yee Fung, Michael “ninjaboogie” Ross Jr, Cheng “vtFαded” Jia Hao, Tue “ah fu” Soon Chuan, dan Muhammad Ammar “neah666” Rasulli di mana mereka akan bersaing dalam pusingan kelayakan akan datang untuk 2021 Dota Pro Circuit, dengan harapan dapat masuk ke Upper Division untuk liga serantau. Dengan beberapa veteran berjaya dan bakat muda, Team SMG Dota 2 pasti akan memberi cabaran baru kepada pesaing-pesaing lain.

We are proud to announce the formation of the Team SMG Dota 2 squad in Southeast Asia:@Mushi_Chai
@ninjaboogiee @vtFaded @AhfuDota @neahdota

The squad will be participating in the upcoming Dota Pro Circuit 2021 – Southeast Asia Upper Division Closed Qualifiers on 4th Jan. pic.twitter.com/WsvrsB1NQp

— Team SMG (@TeamSMGofficial) January 2, 2021

Diasaskan oleh penyanyi Singapura dan pengasas Team Still Moving under Gunfire (SMG), JJ Lin, berikut adalah komen beliau tentang pembentukan pasukan:

“Dota 2 adalah permainan yang sangat saya gemari sejak saya kecil. Hari ini kami akhirnya membawanya ke tahap profesional dengan mengumumkan bahagian Team SMG Dota 2, ‘game on’!”

Pada asalnya, SMG hanya memfokuskan pada Arena of Valor, tetapi telah berkembang kepada PUBG, Mobile Legends, dan kini Dota. Bagi ahli pasukan, Mushi adalah pemain legenda daripada Malaysia tetapi telah menghabiskan beberapa tahun lepas bertukar antara pasukan untuk mencari rentak sendiri. Ini adalah peluang yang bagus untuk dirinya kerana berada di persekitaran yang lebih stabil bersama pemain-pemain veteran lain.

Ninjaboogie, yang berasal daripada Filipina, pun memiliki nasib yang sama, setelah meninggalkan Mineski pada penghujung The International 2019. Dia dan Mushi pernah bermain bersama dan ini mungkin memberi persefahaman yang kuat di peringkat kelayakan akan datang.

Cheng “vtFαded” Jia Hao daripada Malaysia, juga menunjukkan prestasi yang hebat pada penghujung 2018 dengan Geek Fam tetapi sejak itu bermain untuk tujuh pasukan berbeza. Tue “ah fu” Chuan pula adalah seorang lagi pemain veteran daripada Malaysia, yang terkenal dengan persembahannya yang luar biasa di TI7 di mana dia membantu membawa LGD.Forever Young untuk mendapatkan tempat ketiga.

Muhammad “Neah666” Bin Jamil merupakan bakat muda untuk pasukan, dan sebenarnya sudah lama aktif dalam arena profesional Dota 2. Ini adalah peluang yang baik untuk Neah666 menampilkan kekuatannya dengan pemain-pemain veteran lain di sisi.

Itu sahaja maklumat buat masa ini. Jika anda berminat untuk tahu lebih, sila ikuti laman rasmi Facebook mereka di sini.

Muat turun di sini
Dota 2
Developer: Valve
Release Date: 2013-07-09
Microsoft Windows
Dota 2 adalah permainan multiplayer online battle arena yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Valve. Permainan ini adalah sekuel kepada Defence of the Ancients, yang merupakan mod buatan masyarakat untuk Warcraft III: Reign of Chaos dan expansion pack, The Frozen Throne, daripada Blizzard Entertainment.
Tags: Asia TenggaraDota 2EsportsTeam SMG
Previous Post

Demi tanggung kos sekolah perubatan, pelajar kolej jual koleksi kad Pokemon bernilai $80,000!

Next Post

Mobile RPG Fantasian siap sedia untuk keluar di Apple Arcade pada tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Mobile RPG Fantasian siap sedia untuk keluar di Apple Arcade pada tahun ini!

Mobile RPG Fantasian siap sedia untuk keluar di Apple Arcade pada tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd