Koleksi kad Pokemon menjadi semakin bernilai sejak kebelakangan ini, di mana kebanyakkan kad Pokemon yang dianggap “rare” boleh dijual pada harga berpuluh-puluh ribu atau lebih. Pada masa yang sama, kos purata untuk pengajian telah meningkat pada tahap yang lebih tinggi, dengan ramai pelajar kini merasa ia lebih sukar untuk membayar pendidikan mereka. Oleh itu, seorang pelajar kolej berjaya mengubah hobi kanak-kanaknya kepada sesuatu yang dapat menjamin kehidupan masa depannya secara kewangan.
Dilaporkan oleh FOX 5 Atlanta, seorang pelajar University of North Georgia bernama Caleb King telah menjual koleksi kad Pokemonnya pada harga sekitar $80,000 di eBay. King telah membeli kad tersebut pada tahun 2016 dengan harga hanya $4,000, tetapi nilainya telah meningkat sebanyak 20 kali ganda sejak 2020. King merancang untuk menggunakan keuntungan tersebut untuk membiayai pendidikannya di sebuah sekolah perubatan dan memberitahu bahawa nilai kad-kad ini meningkat kerana kes “lockdown” di Amerika.
“Orang mungkin menginginkan sesuatu yang mengalihkan perhatian mereka daripada semua yang sedang terjadi, dan saya rasa [Pokemon] adalah salah satunya.” -kata Caleb King.
Buat masa ini, King masih belum selesai menjual kad Pokemon. Koleksinya masih mempunyai 21 kad dan sedang bernilai sehingga $50,000, termasuk kad “Red Cheeks Pikachu” edisi pertama yang bernilai sehingga $20,000. King juga menyatakan bahawa walaupun ibu bapanya tidak mengizinkan King untuk menghabiskan duit beribu-ribu demi kad Pokemon, akhirnya mereka mengaku ia bukanlah pelaburan sia-sia.
Pada tahun ini saja, kad Pokemon meningkat dengan drastik dalam populariti dan ramai influencer besar di internet telah mengikuti trend ini. YouTuber Logan Paul telah membeli kad Charizard dengan harga $150,000 manakala streamer dan bekas rapper, Logic membeli kad yang serupa pada harga $200,000 yang lebih tinggi. Sama ada trend ini akan berterusan sehingga 2021, saya tidak tahu, tetapi jika ia akan tamat, Caleb King mungkin ingin menjual kadnya secepat mungkin.
Sumber: FOX 5 Atlanta
@gamersantaimy
Discussion about this post