Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tales Of Vesperia: Definitive Edition Review – idaman peminat-peminat JRPG!

Kepada mereka yang tak pernah main JRPG, saya sarankan inilah waktunya.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2019 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Steam, Teknologi, Xbox One
0 0
0
Tales Of Vesperia: Definitive Edition Review – idaman peminat-peminat JRPG!
Share on FacebookShare on Twitter

Dikenali ramai sebagai judul terbaik daripada siri Tales, Tales of Vesperia asalnya dilancarkan sebagai game eksklusif untuk Xbox 360 pada tahun 2008. Walaupun ada peminat main versi asal hingga 100% sempurna, jangan risau. Versi Definitve Edition telah menambah pelbagai konten baru!

PENGENALAN

Kini Tales of Vesperia di-release untuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch dengan niat khususnya untuk menyambut ulang tahun ke-10 siri ini dicipta oleh Bandai Namco. Selain daripada meningkatkan graphic lawanya yang berunsur cel-shaded, versi Definitve Edition juga memberi konten ekstra yang baru untuk peminat lama menikmati.

Setahun selepas tarikh awal pelancaran Tales Of Vesperia di Xbox 360, versi enhanced port dilancarkan untuk PS3- malangnya hanya di Jepun. Dalam versi Definitive Edition, mereka telah mengembalikan playable character baru dan full voice acting yang tidak ada di dalam yang asal.

Ini antara gameplay playable character dan rakaman suara untuk dialog yang hilang daripada versi Western yang asal. Ternyata memang layak diberi tagline ‘definitive’ dan memang banyak sebab untuk gamers lama dan baru untuk main game Tales yang diminati ramai ini.

JALAN CERITA

Tales Of Vesperia bermula dengan sekumpulan wira daripada latar belakang yang berbeza yang memutuskan untuk bekerjasama untuk mengambil semua sebuah sumber tenaga yang sangat berharga yang dicuri oleh warga miskin. Jalan cerita pada awalnya mungkin akan kedengaran seperti ‘cliche’ untuk gamers yang sudah biasa main game JRPG, tetapi yang membuat jalan cerita game ini gempak ialah karakter yang kamu akan jumpa dalam perjalanan kamu dan dinamik yang mereka bawa kepada storyline.

WATAK DAN PERWATAKAN

Daripada watak utama yang semua cinta Yuri, kepada Estelle yang lurus tapi comel- karakter ini mungkin akan memberi impression seperti watak yang lazim kita nampak di dalam setiap game JRPG tetapi setiap watak mempunyai latar belakang yang menarik, ciri-ciri perwatakan yang surprising dan berbeza berbanding watak game JRPG lain, dan melihat mereka berinteraksi bersama watak lain di dalam game dengan penuh emosi membuat watak ini tampil lebih hidup.

Cutscene pendek yang menunjukkan dialog yang kelakar dan comel antara watak dan party, akan serta merta membuat pemain terasa lebih rapat bersama watak-watak di game. Karakter dan visual di Vesperia direka dengan amat teliti. Walaupun berusia lebih daripada 10 tahun, dunia di Vespiria masih nampak lawa sehingga hari ini.

Ramai NPC tempatan yang kaya personaliti, bersemangat dan berwarna-warni yang hidup di dunia Terca Lumireis. Pemain yang meihat pasti pun bersemangat untuk merayau dan explore tanpa henti. Stail visual yang bersifat cel-shaded juga ditingkatkan kualitinya berbanding versi lama yang nampak lebih ber-poligon.

Kita semua boleh bayang 10 tahun daripada sekarang art-style Tales Of Vesperia masih kekal hebat dan lawa. Satu kekurangan sahaja yang saya nak sebut di sini ialah battle system mereka, yang merupakan campuran aksi 2D dan 3D.

SISTEM TEMPUR

Tekan trigger button dan pemain boleh berlari di kawasan atau area 3D tersebut, seperti game action RPG Xenoblade Chronicles. Kesal sekali, pemain hanya boleh menggunakan dash attack di dalam 3D arena dan apabila pemain lepas trigger button, default 2D fight akan kembali.

Di 2D arena lah keseluruhan battle akan berlaku sambil anda lock-on pada satu musuh dan bertarung dengannya. Keadaan bertarung kucar-kacir yang mengabungkan dua sistem pertarungan yang berbeza bermaksud yang game ini tidak begitu teruk atau handal di dalam menguasai sistem campur pertarungan.

Pertarungan 2D mungkin rasa rumit dan clunky, manakala bergerak dalam 3D tidak rasa begitu fluid atau cukup tepat tetapi ini tidak membuat sisterm pertarungan di dalam Tales Of Vesperia sesuatu yang bosan atau merimaskan- sangat jauh sekali.

Pertarungan sentiasa menarik dan mengujakan kerana berorientasikan aksi atau action atas ilham game-game brawlers seperti Tekken dan Virtua Fighter. Battles di dalam Tales of Vesperia tidak pernah rasa berat untuk grinding dan sistem pertarungannya pun cuba untuk jauhkan diri daripada classic JRPG seperti Final Fantasy. Selain itu, saya amat sarankan untuk semua di luar sana untuk cuba main game in. Apatah lagi kepada peminat-peminat susah mati JRPG.

KESIMPULAN

Tales of Vesperia ialah sebuah game yang menawan, menyayat hati dan sangat dekat kepada hati para gamers dan juga merupakan salah satu nama yang sering disebut bersama klasik-klasik JRPG. Selain itu, Tales Of Vesperia kini boleh didapati dan dimain di Xbox One, Playstation 4, Nintendo Switch, dan Windows. Jadi jangan serabut, game ini boleh dinikmati orang ramai. Jadi jangan tunggu lama-lama. Jadilah wira yang kita idamkan!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoDefinitive EditionJRPGnintendo switchPS4steamTales of VespiriaTales SeriesXbox One
Previous Post

DLC untuk Kingdom Hearts 3 dalam pembikinan!

Next Post

Game Star Wars Jedi: Fallen Order akan diumumkan April ni!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Game Star Wars Jedi: Fallen Order akan diumumkan April ni!

Game Star Wars Jedi: Fallen Order akan diumumkan April ni!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd