Baru-baru ini, syarikat permainan video Take-Two Interactive telah mendedahkan laporan kewangan untuk suku pertama tahun 2021, dan peminat menjangkakan mereka akan mendapat beberapa game terbaru. Antara yang dinantikan oleh syarikat ini adalah Tiny Tina’s Wonderlands yang akan dilancarkan pada tahun depan. Take-Two Interactive juga dikatakan sedang dalam pembangunan untuk tiga buah tajuk remaster dan remake, tetapi tidak dinyatakan dalam laporan kewangan mereka.
Berdasarkan dari laporan tersebut, mereka mempunyai enam tajuk game yang akan di remake atau di remaster seperti Grand Theft Auto V, Grand Theft Auto Online dan Kerbal Space Program untuk konsol next-gen. Namun, ada lagi tiga game yang menjadi spekulasi dimana ia akan mendapat remake dan remaster dari Take-Two Interactive. Antara game yang dispekulasikan adalah Red Dead Redemption 2, Red Dead Redemption dan game 3D Grand Theft Auto.
Red Dead Redemption 2 dikatakan mempunyai potensi untuk mendapat remake atau remaster walaupun ia baru sahaja masuk tahun ketiga selepas dilancarkan. Manakala Red Dead Redemption mungkin akan menerima remaster sempena ulang ulang ke-20 siri Max Payne. Akhir sekali, peminat menjangkakan syarikat tersebut akan menghasilkan versi remake untuk game 3D Grand Theft Auto.
Satu perkara yang perlu diingatkan adalah, Take-Two Interactive mungkin tidak akan menyediakan game-game akan datang ke Xbox Game Pass dalam masa terdekat. Ketua Pegawai Eksekutif Take-Two Interactive, iaitu Strauss Zelnick menyatakan laporan kewangan yang dibuat ini menganggap Game Pass tidak sesuai untuk mendapat game seperti Grand Theft Auto V dan Red Dead Redemption 2.
Walau bagaimanapun, Zelnick menyatakan bahawa syarikat menganggap diri mereka berfikiran terbuka dengan idea itu, dan ada perbincangan yang perlu dibuat untuk bagaimana Take-Two Interactive membetulkan kembali pemikiran kolot mengenai Xbox Game Pass. Dengan enam remake atau remaster baru sedang dibangunkan, ini adalah peluang terbaik untuk peminat melanggan perkhidmatan mereka.
Buat masa ini, Takes-Two Interactive tidak mendedahkan lagi tajuk apa yang mereka sedang remake atau remaster. Mungkin kita akan mendapat maklumat seterusnya dalam masa terdekat nanti. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan syarikat ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.
Sumber: GameRant
@gamersantaimy
Discussion about this post